Wednesday, September 3, 2008

TLDM hantar pasukan khas lindungi anak kapal MISC

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam menghantar pasukan khas ke Teluk Aden di Yaman dan Somalia bagi melindungi empat kapal MISC Bhd yang sedang berlayar di perairan teluk itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pasukan itu akan mengiringi kapal berkenaan bagi mengelak serangan lanun. “Keutamaan kita ialah menjaga keselamatan kelasi dan kapal kita,” katanya selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eastar keluaran Chery Automobile Sdn Bhd di sini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengulas perkembangan terkini kes rampasan dua kapal MISC di Teluk Aden dan kini masih ditahan lanun di perairan itu. MT Bunga Melati Lima bersama 41 anak kapal, termasuk 36 rakyat Malaysia dan lima lagi Filipina ditawan lanun pada Jumaat lalu di luar pantai Yaman.

Sepuluh hari sebelum itu, MT Bunga Melati Dua yang membawa 39 anak kapal termasuk 29 rakyat Malaysia ditawan lanun di luar pantai Somalia.

Najib berkata, MT Bunga Melati Dua kini berlabuh di bandar Garacad, Somalia, kira-kira 4.5 batu nautika dari pantai, manakala MT Bunga Melati Lima di bandar Eyl, Somalia, kira-kira enam batu nautika dari pantai. Beliau berkata, kedua-dua kapal berkenaan berada pada jarak 40 batu nautika antara satu sama lain.

“Setakat ini rundingan sedang berjalan dengan pihak perampas dan belum ada sebarang penyelesaian dicapai. Kita yakin komunikasi dengan kapal MT Bunga Melati Lima akan dapat dibuat lewat petang ini (semalam),” katanya.

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan terbabit dengan rundingan membayar wang tebusan, sebaliknya ia dilakukan MISC. “Kita akan mengikut peraturan dan lunas undang-undang antarabangsa,” katanya. Najib juga berkata, MISC wajar mempertimbangkan untuk mengubah laluan kapalnya berikutan Teluk Aden terlalu bahaya kerana dipenuhi lanun hinggakan kapal milik negara lain turut dirampas.

Sementara itu, MISC dalam satu kenyataannya menjelaskan syarikat itu menghentikan serta merta pelayaran semua kapalnya ke Teluk Aden sehingga langkah keselamatan tambahan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan semua kapal dan anak kapalnya.


CyberCoxswain: Lagi satu kapal tangki malaysia dirampas lanun, apa nak jadi dengan perairan Teluk Aden ni... dah tak selamat ke perairan tu dan tak kan tiada kawalan keselamatan langsung disitu? Mana perginya navy Somalia, Yaman dan lain-lain navy kat situ?

Ada sorang pembaca blog ini komen "dimana Datuk Seri Najib dan kenapa tidak dihantar paskal / komando laut kita ke sana?" Jawapannya... Malaysia boleh menghantar navy / Paskal kesana anytime tetapi itu diluar perairan kita dan kita pula bukan macam Amerika yang senang-senang ceroboh negara orang. Bertenang dan berfikir secara rasional. Langkah-langkah penyelesaian telah diambil oleh pihak yang berwajib. Diharap waris-waris bersabar menunggu berita dari kerajaan dan MISC, InsyaAllah mereka selamat.

3 comments:

j4l4k said...

Saudara,

Somalia mana ada tentera laut sebab negara tersebut memang dalam keadaan keseluruhan politik yang kacau-bilau.Tiada istilah law & order di kebanyakan tempat di negara tersebut.Kawasan Teluk Aden memang kawasan hitam penuh dengan lanun macam Selat Melaka.

Kapal MISC dirampas semasa dalam perairan antarabangsa kemudian dibawa masuk ke perairan Somalia.International Water mana ada orang yang mengawal.Buat apa Tentera laut Yaman,Oman mengawal lebih baik mereka jaga perairan mereka.

KERAJAAN MALAYSIA perlu buka mata jangan hanya tahu rundingan sahaja ini bukan kes tahun 1975 Bulan Ogos apabila Tentera Merah Jepun menawan bangunan AIA di Kuala Lumpur menjadikan 50 orang sebagai tebusan.Kita perlu ada pilihan lain bila perlu.

Kita perlu menghantar PAKSAL yang mempunyai kepakaran dan diakui keupayaan mereka untuk menggempur habis-habisan lanun tersebut serta selamatkan RAKYAT MALAYSIA yang menjadi tebusan apabila rundingan hanya menemui jalan buntu serta kegagalan.Ini boleh membuktikan TLDM boleh beroperasi dimana sahaja didunia walaupun dengan bantuan negara luar terutama berkenaan dengan maklumat perisikan dan teknikal serta logistik.Suduh tentu mereka akan menghulurkan bantuan atas dasar kemanusian.

Memang kita bukan Amerika yang sewenang-wenangnya menceroboh negara lain tapi jika kita bandingkan apabila rakyat Amerika ditawan atau menjadi tebusan kerajaan mereka bersungguh-sungguh menyelamatkan rakyat mereka seperti krisis tebusan kedutaan Amerika di Iran tahun 1980(Operation Eagle Claw)walaupun operasi tersebut menjadi malapetaka.

Indonesia juga berani menghantar unit komando yang baru ditubuhkan untuk menyelamatkan warga negara mereka dalam insiden rampasan pesawat garuda di Don Muang Thailand 28 Mac 1981 dengan bantuan CIA dan kerajaan Thailand

Jangan kita hanya menyerahkan kepada takdir sahaja kita perlu berusaha untuk menamatkan krisis ini.Malangnya kerajaan kita MALAYSIA hanya banyak bercakap dari bekerja lebih-lebih lagi dengan ura-ura pihak pembangkang cuba merampas kuasa pemerintah.Jangan biarkan MISC terkapai-kapai keseorangan menyelesaikan masalah ini.KERAJAAN MALAYSIA wajib membantu MISC dengan apa cara kerana kebanyakan anak kapal adalah WARGA NEGARA MALAYSIA yang juga berkorban nyawa,tenaga dan masa demi kelansungan ekonomi negara kita.

Mana dia semangat MALAYSIA BOLEH???

Semoga Allah s.w.t membantu kita.

Cyber Coxswain said...

Diharap semua dapat menggunakan perkataan atau ayat yang sopan dalam memberikan komen anda.

Disini bukan tempat untuk berpolitik dan menunjuk perasaan.

Berilah cadangan dan komen yang membina kalau boleh dengan tidak menghemtam sesuatu pihak.

Terima kasih.

shafid04 said...

kepada leh
mmg byk info dah point yg sy tgk blh dikatakan ade semangat waja nak berkobar-kobar melawan abis-abisan kapal misc kita yang ditawan.
sebagai ahli keluarga atau saudara yang ditawan mmg kita risau atau maukan tebusan kita selamat, tapi selain menghantar paskal untuk menyelesaikan mslh ni masih takde cara lain ker utk tidak langsung mengorbankan mana2 pihak tebusan maupun tentera, saya ni mungkin tak faham apa peranan tentera, tapi yang saya amat faham ialah keselamatan tanah air dan perairan kita lebih perlu kita fikirkan samapi mungkin saya terfikir kalau antar berapa ramai tentera dan paskal tetapi perairan kita pulak masih tak selamat,
dalam kes ni misc mesti mainkan peranan dan tanggungjawab tanpa lebih menyerahkan pihak tentera menyelesaikannya.
Demi utk tidak hilang 3 juta wang tebusan, ade pulak yg telah kehilangan dan fikirkan tentang perasaan2 terutama isteri, anak maupun ibu bapa tak kira tebusan atau tentera yang terpaksa berkorban relakan pemergian mereka utk selesaikan mslh ni,
saya harap saudara lebih rasional tentang ni,