Tuesday, February 17, 2009

Dua Kapal Selam Bertembung

KAPAL Selam HMS Vanguard rosak selepas bertembung dengan Le Triomphant.

LONDON: Kapal selam Britain dan Perancis, kedua-duanya berkuasa nuklear dan membawa senjata nuklear bertembung di Lautan Atlantik awal bulan ini dan mungkin membocorkan bahan radio aktif yang boleh membawa maut, lapor akhbar The Sun semalam.

Akhbar tabloid itu berkata, HMS Vanguard dan Le Triomphant kedua-duanya rosak dalam kejadian itu, namun tiada laporan mengenai kerosakan bahagian nuklear. Kapal selam Britain itu ditunda ke Faslane di Scotland untuk dibaiki.

Kedua-dua kapal selam membawa 250 kelasi, dilaporkan berada di dasar laut dan dalam misi berasingan apabila bertembung pada 3 atau 4 Februari lalu.

Satu sumber kanan tentera laut berkata: "Potensi akibat perlanggaran itu tidak pernah terlintas di fikiran. Agak mustahil berlaku letupan nuklear.

"Namun, kebocoran radio aktif satu kemungkinan. Lebih buruk, kami mungkin kehilangan krew dan kepala peledak. Ia bencana negara."

Kementerian Pertahanan enggan mengulas mengenai misi kapal selam.

Ketika inkuiri bermula, sumber tentera laut berkata, ia pertembungan malang satu dalam sejuta kedua-dua kapal selam yang berada di tempat yang sama di laut dalam. Kapal perang memiliki gear sonar yang mengesan kapal selam lain.

Teknologi moden antisonar sangat bagus sehingga kedua-dua kapal 'bertemu' antara satu sama lain.

Satu sumber kanan tentera berkata: "Talian di antara London dan Paris amat panas."

Kementerian pertahanan menegaskan malam kelmarin tiada pelanggaran keselamatan nuklear berlaku. Namun ia adalah sangat memalukan kepada tentera laut sejak Iran menawan 15 kelasi pada 2007. Sumber tentera laut berkata: "Perlanggaran kapal selam nuklear adalah sesuatu yang sangat serius." AFP/Agensi

Sumber: Berita Harian Online

CyberCoxswain: Ha, macam mana tu?... kita juga bakal memiliki kapal selam yg mungkin menggunakan teknologi "antisonar" yang sama atau mungkin lebih canggih.

Tapi rasanya dengan latihan peperangan dan pengendalian serta strategi peperangan bawah permukaan yang mantap kepada anggota dan anak-anak kapal negara diharapkan perkara ini tidak berlaku ke atas kapal kita kelak.

Monday, February 16, 2009

Lanun Indonesia Ditahan

Lanun Indonesia ditahan - Mereka baling bahan letupan ke arah bot polis

ENAM lanun warga Indonesia yang ditumpaskan oleh Pasukan Gerak Marin Wilayah Selatan di perairan Tanjung Sedili Kecil, Kota Tinggi semalam.

JOHOR BAHRU - Tujuh orang lanun warga Indonesia termasuk seorang daripadanya yang cedera terkena tembakan berjaya diberkas di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi awal pagi semalam.

Kumpulan lanun itu diberkas pada pukul 3.40 pagi ketika hendak merompak anak kapal dagang yang sedang mendarat ke pelabuhan berhampiran.

Bagaimanapun tindakan pantas anak kapal yang memberi isyarat kecemasan berjaya dikesan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Selatan yang mengawal perairan tersebut.

Komander Polis Marin, Senior Asisten Komisioner II Isa Munir berkata, unit gempur pasukan tersebut terus mengejar bot yang dinaiki kesemua lanun yang bertindak melarikan diri.

"Mereka turut membaling bahan letupan ke arah bot polis, tetapi tidak terkena bot polis.

"Polis yang bertindak mempertahankan diri terpaksa melepaskan beberapa das tembakan yang terkena enjin bot dan seorang daripada mereka,'' katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Isa, babak mengejar berakhir kira-kira 40 minit kemudian apabila bot yang dinaiki suspek berhenti.

Sumber: Kosmo Online

CyberCoxswain: Itulah kesan kegawatan ekonomi global yang melanda dunia sekarang ni hingga merebak ke perairan kita. Sebab kerja dah tak ada dan kehidupan mesti diteruskan....

So, bersedialah petugas-petugas yang menjaga keselamatan perairan negara supaya tidak ada yang bolos dan perbuatan mungkar mesti dihancurkan terus dari muka bumi ini. Syabas!

Thursday, February 12, 2009

Ikrar Kualiti TLDM

Bahawa Kami
Warga KD Sri Pinang
Menunaikan Tanggungjawab Kami
Kepada Agama, Bangsa dan Negara
Menjunjung Cita-cita Rukun Negara
Berpegang Teguh Kepada
Teras Perkhidmatan Cemerlang

Berikrar Akan
Berusaha Dengan Penuh Ketekunan dan Dedikasi
Ke arah Meningkatkan Kemantapan
Tentera Laut DiRaja Malaysia
Supaya Keupayaan Pertahanan Negara
Akan Sentiasa Disegani dan Dihormati

Berazam
Mengekalkan Prestasi Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan
Untuk Menjadikan KD Sri Pinang
Menjana Angkatan Pertahanan Simpanan
Setanding Angkatan Tetap TLDM
Yang Inovatif, Progresif, Komited dan Efisyen
Bagi Memenuhi Citarasa Pelanggan
Sejajar Budaya Pengurusan Berkualiti Menyeluruh

SEDIA BERKORBAN
*


Ha, itulah antara kata-kata ikrar kualiti yang keluar dari mulut anggota KDSP malam kemarin. Lepas ni kenalah berusaha ke arah tu... right. Ingat!

Wednesday, February 11, 2009

Hari Q KDSP 2009

KD Sri Pinang menyambut Hari Q (Kualiti) hari ini (11 Febuari 2009). Bertempat di Dewan Senaman, semua anggota berkumpul jam 1945 menunggu ketibaan Dato' CO.

Sambutan kali ini bertemakan "PASUKAN BERKUALITI TERAS KECEMERLANGAN PRESTASI". Wah hebat bunyinya tu.

Dengan objektif untuk menerapkan kefahaman tentang konsep kualiti dalam TLDM kepada semua anggota KD Sri Pinang dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh anggota yang menerima anugerah khidmat cemerlang pada tahun 2008.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh PWII PPP (GI) Abdul Rahim. Amin...

Selepas itu Kept. Dato' Dr Mohd Razha Abd Rashid sebagai Pegawai Memerintah KDSP menyampaikan perutusan dan seterusnya merasmikan majlis. Panjang juga CO berucap walaupun katanya ada satu majlis lain yang mesti dihadiri selepas ini.

Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Kualiti oleh semua anggota tetap dan PSSTLDM dengan disaksikan oleh CO. Ikrar dibaca dengan penuh semangat sehingga bergema dewan senaman malam tu. Syabas!

Seterusnya adalah acara Penyampaian Sijil Khidmat Cemerlang 2008 oleh CO kepada dua Penerima Anugerah Kecemerlangan Hari Q iaitu:
Anggota Tetap TLDM - 827253 LKI RGR Rozaini Muhamad Ali
Anggota PSSTLDM - 8002173 P/BM TMK Mohd Zainudin Md. Rashid
Tahniah! dan terima kasih.

Selepas penyampaian sijil, CO pun minta diri. Tapi majlis tidak habis di situ saja dan diteruskan seperti dalam rancangan dengan persembahan Puisi dan Sajak oleh anggota tetap KDSP.

Tapi diorang cakap (audiens lah ni) "...sajak cintalah pulak tak dak langsung sebut pasal kualiti-kualiti ni."

Betul ke?... benda-benda seni ni susah nak cakap. Hanya pendeklamasi dan orang berjiwa seni saja yang paham hal ni... saya sendiri pun macam korang jugak. hihihi...

Acara seterusnya adalah ceramah kualiti oleh Lt Kdr Ramli Abdullah yang bercerita mengenai TQM dan perhubungan/komunikasi antara anggota dalam pangkalan penting untuk mencapai kualiti dalam sesuatu organisasi.

Seterusnya majlis ditutup dengan acara yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu persembahan boria oleh anggota PSSTLDM bertajuk Boria Hari Kualiti. Walaupun vokalis asal ada masalah dan tak boleh datang, boria tetap menjadi malam tu... cayalah korang! Tak sia-sia claim yang korang buat sebelum ni.

Majlis berakhir jam 2130 dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh cook yang tidak asing lagi iaitu Chief Azman dengan Nasi Goreng dan Ayam Kicap Bermadu beserta minuman panas... terima kasih, ingatkan tahun ini tak mau masak dah... hehehe

Tuesday, February 10, 2009

Nyaris maut dirempuh kapal TLDM

KUANTAN – Sekumpulan 22 nelayan nyaris maut apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Nenasi dekat Pekan malam kelmarin.

[Keterangan Gambar: RAZLAN (kiri) menunjukkan kesan melecur dan Kamaruddin (kanan) menunjukkan laporan polis mengenai kejadian bot dinaiki mereka dirempuh kapal TLDM di perairan Nenasi, Kuantan kelmarin.]

Kejadian pukul 10 malam di perairan 32 batu nautika di Nenasi tersebut menyebabkan bot nelayan yang sedang menangkap ikan itu karam.

Kesemua nelayan di dalam bot tersebut terhumban ke dalam laut.

Pemilik bot malang, Alyas Ismail, 49, mendakwa, seorang nelayan dalam bot miliknya sempat menjerit ke arah kapal TLDM itu tetapi kapal tersebut tetap merempuh bot miliknya.

Katanya, salah seorang daripada nelayan di dalam bot melecur di beberapa bahagian badan akibat dihempap enjin bot.

“Kesemua nelayan nyaris lemas dan saya sendiri rugi RM2 juta kerana bot karam. Mujur tak ada yang mati,’’ kata beliau.

Seorang mangsa, Kamaruddin Ismail, 46, pula berkata, kejadian tersebut menyebabkan bot yang dinaiki mereka terputus dua.

“Selepas berlanggar, kami semua terhumban ke dalam laut dan masing-masing memanggil nama kawan-kawan untuk pastikan mereka semua selamat,’’ katanya yang memberitahu mereka kemudian diselamatkan anak kapal TLDM yang membawa mereka ke Pangkalan TLDM Tanjong Gelang.

Sumber : Kosmo Online

CyberCoxswain : Bagi saya bukan niat TLDM nak merempuh kapal nelayan itu kalau mereka tahu dan sedar itu adalah nelayan kita atau juga mungkin ada sebab yang kita tak tahu. Tapi apa yang penting hanya mereka yang tahu...

Thursday, February 5, 2009

Navy Housewife

Navy : Mah, "Housewife" abang kat ne?
Isteri: Apa abang ni dah pasang dua ke?
Navy : Apa pulak bini aku ni... membebel tak tentu pasal?
Isteri: Yelah, abang minta housewife tadi kan... setahu saya, saya sorang jelah bini abang!
Navy : Oh silap! Naval Term dah terbawa balik rumah pulak... hehehe... sebenarnya abang minta alatan menjahit, abang nak jahit batch ni.
Isteri: Laaa... ingatkan apa tadi.


Ha, pernahkah anda mengalami keadaan sedemikian rupa di rumah? Inilah bahasa-bahasa yang kadang-kadang tidak sengaja terkeluar ketika di rumah dengan isteri dan kadang-kadang dengan anak-anak juga.

Apa nak buat dah live macam tu so terbawa-bawalah... hehehe

Sebenarnya "Housewife" yang dimaksudkan adalah alatan menjahit (sewing kits) seperti jarum, benang dan gunting yang selalu navy people ini ada (selalunya dalam set lengkap) untuk setiap sailing bagi menangani kes-kes kecemasan seperti butang tanggal atau seluar koyak ke atau "Irish pennant" terkeluar.

Ha, jadi jangan ingat navy yang bujang tu tak ada housewife... jeng..jeng..jeng!

Kat tengah-tengah laut tu mana ada kedai jahit mahupun tailor nak tolong jahitkan. So, inilah peranannya housewife yang dibawa tu. Sendiri jahitlah bang...

Bagi "Irish Pennant" pula, nanti kita cite...

Wednesday, February 4, 2009

Undian Unit PSSTLDM

Nampaknya semua unit PSSTLDM telah mengetahui kehadiran laman weblog ini berdasarkan undian pengunjung yang dibuat disebelah kanan weblog.

Setakat ini seramai 65 undian telah dibuat oleh semua (harap-harap maklumat yang korang beri betullah no...)

Pengunjung dari unit KD Sri Pinang (KDSP), KD Sri Klang (KDSK) dan PSTL Kuching merupakan diantara yang teramai setakat ini dengan jumlah 33 orang telah melayarinya.

Apalagi, war-warkanlah kat member-member supaya diaorang akses laman ini.

Manakala untuk unit-unit lain di antara 6 - 9% telah membuat undian.

Apa yang korang dapat di sini? Adakah berpuas hati dengan apa yang ada, atau pun hendakkan lebih pendedahan atau lebihkan glamour? Atau juga korang nak sumbang sesuatu untuk kepentingan bersama dalam perkhidmatan PSSTLDM seantero Malaysia?

Atau juga korang ada idea yang lebih canggih! yang tak terjangkau dek pemikiran saya as a cybercoxswain... hehehe...

Sila-lah memberi hujah dan pendapat disini atau pun email saya di alamat yang telah tertera. Terima kasih.

Tuesday, February 3, 2009

PORT & STARBOARD

Hari ini nak terangkan serba sedikit tentang Naval Term kepada semua. Sebab ada yang bertanya dan memang pun benda ini dah ada dalam simpanan saya cuma tak keluar saja lagi.

Terdapat banyak istilah-istilah dalam naval term yang digunakan dalam dunia ini. Banyak sangat sampai tak terkira, jadi saya kena keluarkan satu persatu (tak boleh banyak-banyak nanti pening pulak) mengikut yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian di kapal mahupun sebagai pengetahuan am.

Naval Term atau dalam Bahasa Melayu; Terma-terma atau Istilah dalam Ilmu Kelautan, digunapakai secara standard dalam semua operasi di laut lebih-lebih lagi bagi navy kita Tentera Laut Di Raja Malaysia dan istilah-istilah ini telah diterima oleh satu dunia dan memahaminya.

Ini termasuklah perkataan "Port" dan "Starboard" yang merupakan istilah yang lazim kita dengar. Benda apa ni?... ha inilah nak cerita sikit. Sebab mai dalam english so kena cerita pun dalam english jugaklak...

Starboard is the nautical term that refers to the right side of a vessel as perceived by a person on board a vessel and facing the bow (front). The equivalent for the left-hand side is port. The starboard side of a vessel is indicated with a green navigation light at night.

Jadi secara ringkasnya Port itu membawa maksud Kiri dan Starboard pulak Kanan.

So, pahamlah sikit kot no...