Thursday, May 29, 2008

KURSUS LKI CTC PSSTLDM

Kursus bermula 18 hingga 23 mei 2008 bertempat di KD Sri Pinang (KDSP), Pusat Latihan PSSTLDM, Jalan Akuarium, Pulau Pinang.

1. Antara Subjek yang akan diajar kepada pelatih kursus adalah seperti Akta dalam Akta Angkatan Tentera 1972

2. Jenis Persuratan, Dokumen dan Gaji dalam bidang Pentadbiran.

3. Ilmu Kelautan

4. Sauh dan Rantai serta Tugasan Dalam Kumpulan Sauh

5. Kawad Kaki

6. Jenis-jenis Meriam dan sistem dalam TLDM dalam bidang Persenjataan.

7. NBCD, Kawalan Kerosakan dan Mencegah Kebakaran.
Dalam subjek ini pelatih diajar tentang Terminologi Kebakaran, Jenis-jenis Kebakaran, Kelas-Kelas Api, Jenis-jenis Alat Pemadam Api Kecil. Dan yang best praktikal memadam / melawan api (Fire Fighting). Mungkin di base tempat lain tak merasa nak pegang hose, nak buka hydrant dan bermain dengan pili bomba tapi disini anda boleh merasa air pili bomba yang manis itu. Rasalah jangan tak rasa…. sedap wo! Satu pengalaman yang akan dikenang dan tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

8. Tugas Am Pelabuhan, Tugas Kuarter Master dan Bosun Mate,

9. Evolusi

10. Sukan

Diakhir latihan terdapat peperiksaan meliputi semua subjek yang telah dipelajari. Semua pelatih dikehendaki mendapat sekurang-kurangnya 60% markah dalam kertas ini. Jika gagal pelatih akan dikehendaki menduduki semula kertas ini dan jika masih lagi gagal mereka akan dikehendaki datang semula untuk kursus ini di tahun depan. So… selamat berjaya!

Tuesday, May 13, 2008

CO Division untuk KD Sri Pinang

CO Division (COD) ataupun Hari Pegawai Memerintah adalah perkara yang berlaku untuk setiap kapal atau pangkalan dalam Angkatan Tentera Laut.

Dalam TLDM, COD akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Jadi ianya dah jadi macam rutin tahunan jugaklah. Bagi KD Sri Pinang (KDSP) acara ini dilakukan pada 10hb Mei lepas. Bersempena bakal tibanya Hari Pemeriksaan Tahunan / Inspection Day oleh Panglima Tentera Laut (PTL) yang mungkin akan berlaku pada 23hb ini.

Untuk acara ini, perbarisan dilakukan oleh semua anak kapal di pangkalan untuk dipersembahkan kepada Pegawai Memerintah. Acara utamanya adalah untuk memeriksa pakaian /dress up selalunya Pakaian No.1 / personal drill / kekemasan diri dan rupacara dari hujung rambut sampai ke hujung kaki mestilah dalam keadaan kemas dan mengikut peraturan angkatan tentera.

Seperti biasa semua aktiviti navy ini akan bermula sebelum "Colours" jam 7.40 pagi dengan berbaris di kiri dan kanan padang kawad dengan pakaian nombor satu yang terbaik. Kemudian semua platun akan masuk padang untuk mengambil Colours (colours ini bukan macam pensil warna, kalau nak tau nanti akan dijelaskan untuk tatapan semua dalam post berikutnya tungguuu... ). Tabik hormat diberi pada ketika "Ensign" dinaikkan pada tiang mass diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku disusuli dengan lagu Samudera Raya.

Selepas semua tu selesai barulah acara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah (CO) kapal, pemeriksaan baris anggota dalam setiap platun. Lupa nak bagitau CO KDSP ialah Komander DR Mohd Radza PSSTLDM. Jika ada ketidakpuasan hati oleh CO masalah tu akan diselesaikan / take note oleh Coxswain atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Juragan (amboi banyak betulah istilah dalam navy ni...) tapi Coxswain ini tak sama dengan Cyber Coxswain yang founder blog ni lah. Ni Coxswain betul-betul bukan cobaannn..... coxswain pada hari tu ialah PO Azmi.

Selepas pemeriksaan selesai CO akan kembali ke pentas untuk acara berkawad / jalan lalu sebagai penghormatan kepadanya dan kawad ini mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin untuk dipersembahkan kepadanya tanpa sebarang kecacatan.

Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh PWII GI Abd Rahim. Selepas bacaan doa selesai semua platun keluar baris mengikut division masing-masing. Semua anggota dihidangkan dengan jamuan ringan untuk hari tu sebelum bersurai.

Derma Darah Sempena Hari TLDM 2008

Semasa sambutan hari TLDM 27 April 2008 tempohari, aktiviti yang mesti ada adalah "Derma Darah". Semua anggota yang sihat ibarat dimestikan menderma darah setiap tahun sekali sekurang-kurangnya pada hari sambutan ini. Walaupun tiada paksaan untuk aktiviti ini, boleh dikatakan semua anggota macam sudah biasa untuk menderma apabila tiba Hari TLDM ini. Bukan sahaja anggota tetap (regular navy) tetapi juga melibatkan anggota dari Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) dan PALAPES serta kakitangan awam yang berkhidmat dalam unit masing-masing.

Yang lucunya ada juga anggota yang takut jarum!. Ha, you see..... siapa kata semua askar berani? Siapakah anggota itu?... Biarlah Rahsia. Dalam ramai-ramai tu ada juga yang macam tu. Tapi setakut-takut diaorang taklah sampai lari lintang pukang bila nampak jururawat / MA datang bawa jarum, cuma kata orang utara "sereyau" aje. Walaupun begitu anggota tersebut tetap menderma darah juga.... siapa sangka. Contohilah anggota tentera laut yang menderma darah untuk keperluan negara dan rakyat Malaysia. Kepada rakyat yang sihat di luar sana datanglah beramai-ramai ke hospital atau klinik berhampiran untuk menderma darah anda. Setiap titik darah ibarat satu nyawa dan amat bermakna kepada mereka yang sangat-sangat memerlukannya.

Berikut adalah antara suasana semasa aktiviti ini dijalankan;

Dalam bilik kuliah 1 ditempatkan katil-katil yang bakal pasti penuh dengan anggota yang akan menderma darah mereka

Pegawai Staf juga tidak ketinggalan dalam aktiviti murni ini. Cayalah...

Thursday, May 8, 2008

Sambutan Hari TLDM 2008

Tanggal 27 April 2008 adalah merupakan hari untuk meraikan warga anggota tentera laut atau TLDM khususnya di seluruh malaysia.

Pada jam seawal 6.30 pagi semua anggota di seluruh negara bersiap dengan memakai pakaian no.1 untuk menyertai perbarisan.

Ucapan Panglima Tentera Laut dibacakan oleh Pegawai Memerintah di setiap pangkalan dan kapal untuk anak-anak kapal menghayati dan mengetahui hala tuju TLDM dalam menempuh era mendatang yang penuh mencabar.

Di Negeri Pulau Pinang, KD Sri Pinang (KDSP) di pilih untuk menganjurkan perbarisan seperti selalunya disertai bersama oleh PS Sg. Nyior dan RNO untuk memeriahkan lagi acara perbarisan / perayaan tahunan ini.
7.30 pagi, penuh padang kawad KDSP ini dengan anggota yg telah bersiap sedia berbaris di kiri kanan padang. Selain anggota tetap, anggota PSSTLDM adalah teras dalam acara perbaisan ini setiap tahun selain anggota Palapes Laut.

Selepas itu acara diteruskan dengan aktiviti menderma darah. Selalunya beginilah nasib tentera.... setiap kali ada acara sambutan / perayaan mesti ada acara derma darah oleh anggota. Rasanya kalau tak ada tentera tentu bekalan darah di hospital akan kekeringan (aktiviti ini akan diceritakan pada post selanjutnya).


Para tetamu sedang mengambil tempat


Semua platun masuk padang

Amanat Panglima Tentera Laut dibacakan oleh Pegawai Memerintah