Monday, April 21, 2008

First time bloging

Terasa macam nak tulis blog apabila melihat ramai penulis2 blog dalam net. Daripada asyik membaca tulisan mereka why not saya tulis satu dalam bidang saya untuk maklumat semua orang yang mencari maklumat yang berkaitan dengannya.

Sebab:

Pertama sekali kerana nak memperkenalkan Navy / TLDM / PSSTLDM kat semua orang di dunia ini yang paham Bahasa Melayu (sebab tak semua orang tahu about navy nih lebih2 lagi malaysian navy ataupun Tentera Laut DiRaja Malaysia @ Royal Malaysian Navy)

Ke-2 nak mempopularkan "navy" kerana ramai tertanya-tanya tentang navy, kerja dia macam mana? - macam tentera darat ker... selain tu asyik kelaut jer ke? macam nelayan tiap2 pagi turun kelaut? dan macam2 lagilah orang tanya apabila ada program navy masuk kampung.

Ke-3 nak mendedahkan kepelbagaian yang ada dalam navy termasuk PSSTLDM (benda apa pulak psstldm nih... ha, itulah lagi satu persoalan yang timbul sebab korang tak tau... inilah yang nak bagitau supaya korang berminat nak join untuk "Berkhidmat untuk Negara" dan "Sedia Berkorban" demi negara, bangsa dan agama)

Ke-4 nak bagitau aktiviti2 awam (tidak termasuk yang sulit-mulit sebab saya sendiri pun taktau apadia) yang akan diadakan di kawasan anda supaya anda boleh sertai dan datang beramai-ramai dengan saudara mara, adik kakak, abang, anak-anak untuk lebih dekat dengan navy kerana navy pun orang macam korang semua gak

ke-5 sebab saya sendiri suka dengan orang awam yang nak tau tentang navy so saya nak ceritalah serba sedikit tentangnya apa yang saya tau jelah...