Friday, June 27, 2008

KURSUS LASKAR KELAS DUA ( LKII ) CTC PSSTLDM

Kursus ini berlangsung pada 16 hingga 20 hb Jun 2008. Bertempat di KD Sri Pinang, Pulau Pinang. Seramai 40 pelatih melapor diri pada 15hb untuk mengikuti kursus berkenaan. Pelatih-pelatih ini terdiri dari semua unit dari Semenanjung Malaysia iaitu antaranya KD Sri manjung, KD Sri Klang, PSTL Chendering dan juga termasuklah dari KD Sri Pinang sendiri.

Berikutan kekuatan anggota yang ramai dalam melayakkan anggota mengikuti kursus ini sebagai satu syarat untuk kenaikan pangkat maka ia direncanakan dilakukan dalam dua kali setahun di mana ianya merupakan kali yang pertama untuk tahun 2008. Kalau tak silap bulan September atau Oktober akan diadakan pula untuk kali keduanya. Tak tahulah sempat ke tidak kerana base ini bakal dibangunkan dalam jangka masa terdekat (itu pun kena tengok bajet dulu coz nilai duit sekarang dah kecil)

Bagi kursus ini pelatih-pelatih diajar perkara-perkara asas dalam TLDM (yelah ini pun untuk anggota yang masih baru / freshy lagi ni... bagi yang teruk teruk sikit takut lari pulak). So ramailah pelatih yang berumur awal 20an. Dia orang ni tenaga memang kuat... darah muda-lah katakan. So bab yang nak kerja keras ini serahlah kat diaorang. Bagi lari 2 pusingan padang kawad pun no problem. Samalah masa latihan melawan kebakaran (fire fighting) menggunakan APAU , masa yang diambil juga amat menyenangkan hati jurulatih (tak sia-sia ngajor diaorang ni walau pun suka main air).

Seperti biasa selepas kelas ada exam untuk diperiksa samada diaorang ni paham ke tidak sepanjang kursus berlangsung selama 5 hari di sini. Selalunya pada malam hari terakhir iaitu khamis pada jam 2030 (lapan setengah malam lah tu). Kebanyakannya semua boleh menjawab soalan-soalan peperiksaan malam tu sebab soalan yang diberikan adalah dalam bentuk objektif / pilihan ABC. So kalau tak tau pun main bedal je... kot kot betul sapa tau. Untuk kursus peringkat permulaan seperti Kursus Asas Perajurit Muda dan LKII CTC ini semua soalan adalah dalam bentuk itu. Tapi selepas ini diaorang memang tak jumpa dah soalan macam ni... semuanya kena jawab bertulis. Bersiaplah lepas ni...

Disebabkan jumlah pelatih yang ramai maka KD Sri Pinang juga terpaksalah menyediakan jumlah Jurulatih yang ramai juga untuk 'handle' kursus ini. Tapi itu semua perkara yang mudah di sini kerana semua Jurulatihnya "SEDIA BERKORBAN". Kepada pelatih-pelatih kursus ini diharap dapat memanfaat ilmu yang dipelajari disini ke unit anda masing-masing dan jumpa lagi di kursus yang lebih tinggi kelak.

Monday, June 16, 2008

LATIHAN MENEMBAK BERSAMA MAJIKAN

8hb Jun 2008 adalah hari yang dipilih untuk diadakan Latihan Menembak Bersama Majikan PSSTLDM. Seramai lebih kurang 40 orang majikan yang dijemput telah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyertai latihan menembak ini.

Latihan diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, Pulau Pinang. Bermula jam 0800 dan tamat pada jam 1700 petang. Latihan menembak kali ini memberi peluang kepada majikan dan anggota PSSTLDM menggunakan GPMG, Stayer dan Pistol Glock serta Thunder Flash. Lebih 4000 butir peluru hidup dihamburkan untuk sesi latihan ini.

Pakaian untuk para majikan adalah PT lengkap dan untuk anggota pula ialah Biru (2delta untuk Pegawai dan 2bravo untuk LLP). Sesi penerangan / taklimat dilakukan oleh PWI PPP(GI) Shaharim. Puas jugaklah nak menerangkan kepada bos-bos ini yang meliputi pelbagai background dan tak pernah terlintas nak pegang senjata ni yang sebelum ini hanya duduk dalam pejabat berhawa dingin saja. Sekali sekala apa salahnya ye tak.

Ok, sebelum para majikan ini mengambil tempat untuk menembak sesi latihan dimulakan dengan anggota dahulu supaya para bos-bos boleh melihat tatacara sebenar di lapang sasar. Detail pun diberikan untuk setiap orang supaya mengetahui giliran masing-masing.

Pelbagai reaksi spontan kelihatan maklumlah ini merupakan pengalaman kali pertama mereka memegang senjata yang amat digeruni selama ini. Senjata yang boleh MEMBUNUH. Apatah lagi melibatkan peluru hidup dan bunyi letupan yang bukan calang-calang. Ada juga sorang dua majikan ini menarik diri dari menembak di saat-saat akhir kerana takut dengan bunyi yang mendesingkan telinga dan juga takut pada senjata itu sendiri.

Sesi menembak bersama majikan telah dan dirancang untuk diadakan setahun sekali untuk memberi peluang para majikan / bos-bos ini memahami dengan lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota PSSTLDM dalam menyumbang bakti pada negara. Supaya di lain masa apabila ada anggota PSS yang memohon cuti / kelepasan agar dipermudahkan dan tak disoal yang macam-macam. Selain mereka dapat merasakan sendiri pengalaman dan keperitan anggota PSS dalam latihan dan bukan sesuatu yang suka-suka untuk memohon cuti (tak bergaji pulak tu) bertepatan dengan tag “Sedia Berkorban”.

Friday, June 13, 2008

KURSUS LK CTC PSSTLDM

Kursus ini dijalankan di KD Sri Pinang pada 2-6hb Jun 2008 lepas. Seramai 15 anggota mengambil kursus ini sebagai satu syarat untuk kenaikan pangkat dari Laskar Kelas 1 ke Laskar Kanan (LK) dalam PSSTLDM. Anggota yang menduduki kursus ini terdiri dari unit KD Sri Manjung, Labuan, Kuching dan lain-lain.

Pelatih-pelatih diajar mengenai Akta (Undang-Undang Angkatan Tentera 1952), Pentadbiran, Ilmu Kelautan, Evolusi, DCFF, Power of Command dalam Kawad Kaki dan lain-lain lagi agar apabila dilantik untuk kenaikan pangkat kelak pelatih telah mempunyai pengetahuan tentang keseluruhan bidang yang ada di dalam TLDM. Ini kerana anggota-anggota PSSTLDM ini adalah tulang belakang dan bakal berdepan dengan situasi sebenar seperti di alami oleh anggota lain dalam TLDM.

Selain itu, anggota berpangkat Laskar Kanan juga bertindak sebagai ketua (Leader / Leading) dalam tugas hakiki di pangkalan / kapal masing-masing. Sebagai tempat rujukan anggota bawahan jika tidak mempunyai pengetahuan yang luas mungkin akan berdepan dengan kesusahan.

Dari sinilah anggota ini dilatih dengan cabaran yang bakal ditempuhi nanti.

Wednesday, June 11, 2008

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TLDM

Berikut adalah petikan sejarah tentang TLDM.

Tentera Laut DiRaja Malaysia telah diambil alih oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, tetapi asal usulnya bermula sejak tahun 1939. Semasa meletus peperangan dunia yang kedua pihak Kerajaan British telah mengambil keputusan bagi memperkukuhkan pasukan tentera lautnya untuk menjaga keselamatan Singapura dan Malaya dengan anggota-anggota terdiri dari anak-anak watan negeri ini.

Berikutan dari itu, pejabat Tentera Laut British (TLDB) telah memperbesarkan bahagian Melayu dalam TLDB. Pegawai-pegawai telah dipinjamkan dari TLDB dan rekrut-rekrut semuanya diambil dari anak-anak Melayu, dilatih sebagai kelasi-kelasi dan juru-juru perhubungan untuk berkhidmat dalam kapal-kapal penyapu periuk api dan lain-lain kapal ronda. Pusat latihan mereka ketika itu adalah sebuah kem pondok dikenali sebagai HMS PELANDOK di Pangkalan Tentera Laut di Singapura.

Bahagian ini telah berkembang dengan pesat meningkat 400 anggota dalam tahun 1939, 800 anggota dalam tahun 1940 dan 1,470 anggota dalam tahun 1941. Beberapa anggota telah berjuang di Ceylon, Afrika Timur dan India dan telah pulang ke Malaya bersama-sama pasukan pembebasan dalam bulan September 1945. Pada tahun 1946, lebih kurang seramai 650 anggota telah melapor diri balik bertugas. Tetapi oleh kerana langkah berjimat Kerajaan Buruh British selepas perang, Bahagian Tentera Laut Malaya ini telah dibubarkan pada April 1947.

Pada tahun 1947 hingga 1952 pasukan ini dikenali dengan nama ‘Malayan Navy Force’. Majlis-majlis Perundangan Persekutuan Tanah Malayu dan Singapura (tanah jajahan British) telah bergerak menuju ke arah kerajaan sendiri yang sepenuhnya menyedari kepentingan keperluan-keperluan bagi mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Akhirnya Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju mewujudkan satu pasukan tentera laut tempatan sebagai sumbangan terhadap pertahanan Semenanjung Tanah Melayu.

Dalam tahun 1948, semasa meletus keganasan penjahat-penjahat komunis dan perisytiharan darurat, pasukan ini mula diperbesarkan. Sebuah kapal pendarat dan lima buah bot motor pertahanan laut telah dipindah milik kepada Tentera Laut secara pinjaman percuma dari Tentera Laut British.

23hb Mei 1952, taraf Diraja telah dianugerahkan oleh Raja British kepada pasukan tersebut dan kemudian dikenali sebagai ‘Royal Malayan Navy’. Pada 1hb Julai 1958, satu persetujuan telah dicapai bagi memindahkan pentadbiran Tentera Laut ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan pada 13hb Julai 1958 ia telah dipindahkan secara rasminya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali dengan nama ‘Tentera Laut Diraja Malaya’.

Apabila tertubuhnya Malaysia pada 16hb September 1963, Tentera Laut Diraja Malaya telah mengambil nama yang ada sekarang iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ancaman-ancaman dari pengganasan komunis dan konfrontasi telah mempercepatkan usaha-usaha pembesaran TLDM.

Berasal dari sebuah kapal penyapu periuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM sekarang ini telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh.

Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM di mana telah memang menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sains dan teknologi.