Monday, July 21, 2008

COXSWAIN

COXSWAIN? Apa itu coxswain (sebutan: kox-sen) atau dalam Bahasa Melayu di panggil Juragan. Sebab dah ramai orang dok tanya… kerana melalui poll yang dibuat, pelawat di weblog ini ramai terdiri dari orang awam yang belum biasa dengan naval term, petikan di bawah menjelaskan maksudnya.

Coxswain - A coxswain or cockswain was at first the swain (boy servant) in charge of the small cock or cockboat that was kept aboard for the ship's captain and which was used to row him to and from the ship. The term has been in use in England dating back to at least 1463. With the passing of time the coxswain became the helmsman of any boat, regardless of size.”

Ada masalah ke dengan petikan di atas? Perlu translate ke…. Tak payah coz semua navy adalah mahir dalam Bahasa Inggeris betol tak? Kalau tak pun maksudnya jelas.

So menjawab pertanyaan; Cyber Coxswain is Coxswain di alam Cyber atau juga Juragan Siber. Setiap Juragan lebih biasa dipanggil Coxswain (Coxn) dalam rutin seharian anggota navy (tentera laut) di kapal mahupun di pangkalan (base) dan mereka ini juga adalah orang yang penting dalam perjalanan seharian / aktiviti yang direncanakan kerana apa-apa hal coxn adalah orang pertama yang dicari.

Kebiasaannya Coxn bertindak sebagai orang tengah / perantara di antara Pegawai Memerintah (CO), Pegawai Bahagian / Divisional Officer (DO), Pegawai Staf dengan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Coxn juga menjadi tempat rujuk anak-anak kapal dalam segala hal. Dan dari itu semua Coxn adalah tempat untuk merujuk undang-undang dan akta (Akta Angkatan Tentera 1972) dalam menjatuhkan hukuman kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan… macam lawyer-lah jugak lebih kurang tapi dalam perkhidmatan sajalah.

Setiap Coxn dilantik menerajui tugasnya oleh CO sesuatu unit / kapal. Dalam kes KD Sri Pinang terdapat 2 orang Coxn di situ. Seorang dari anggota regular TLDM iaitu BM JGN Azmi (rujuk gambar) dan seorang lagi dari anggota PSSTLDM iaitu PWI PPP (GI) Shaharim (err.. sorry GI gambar takdak lah pulak). Setiap Coxn ini menjaga hal ehwal, kebajikan, permohonan anggota masing-masing.

Walau bagaimanapun, ini semua tidak melibatkan Cyber Coxswain yang admind blog ini di mana nick name / nama pena ini digunapakai untuk menunjukkan ianya adalah incharge blog ini sahaja dan tidak kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.

No comments: