Wednesday, July 16, 2008

KEPTEN DATO' DR MOHD RAZHA ABDUL RASHID PSSTLDM

TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!!

16hb Julai 2008 bersempena dengan Perayaan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan perkenan untuk mengurniakan Darjah serta Bintang Kebesaran kepada Pegawai Memerintah (CO) KD Sri Pinang (KDSP) dengan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' (sebutan: Datuk ) kepada Kepten Dr Mohd Razha Abdul Rashid PSSTLDM .

Beserta dengan 29 orang lain, pingat tersebut dianugerahkan adalah kerana jasa yg dicurahkan beliau kepada negeri dan negara. Untuk pengetahuan semua beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan berjawatan Profesor Madya di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dalam bidang Anthropology/Sociology.

Disamping kesibukan mengajar dan penyelidikan di USM beliau juga berkhidmat kepada negara melalui Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) dan merupakan Pegawai Memerintah unit KD Sri Pinang yang juga merupakan Pusat Latihan PSSTLDM dalam negara. Bukan senang nak kerja di dua tempat yang berbeza dengan jawatan yang penting sebegitu. Cayalah...

Kami anak2 kapal di KDSP anggota regular TLDM, PSSTLDM, kakitangan awam mahupun PALAPES sangat2 berbangga dengan penganugerahan ini kepada CO kami. Tahniah sekali lagi dari kami semua.

Murah sungguh rezeki CO kami, baru je lepas dapat kenaikan pangkat kepada Kepten kini dapat anugerah Datuk pula... Alhamdulillah.

Lepas ni kenduri pulak kat base (sudah semestinya-lah... betul tak Dato'? jangan lupa no... )

No comments: