Tuesday, July 1, 2008

SUKARELAWAN PSSTLDM MENULIS BLOG

Sudah lebih 2 bulan dalam menulis blog ini, Alhamdulillah saya rasa target telah tercapai. Apa target yang telah tercapai tu... sebenarnya target / sasaran saya adalah sekurang-kurangnya dalam sebulan tertulislah 4 tajuk baru / posting tentang perkara2 baru untuk tatapan ramai supaya mendapat manfaat dan mewujudkan satu semangat kecintaan ke atas kerja kerja sukarela ini khususnya Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia ( PSSTLDM ) kerana pada mulanya saya terpikir apalah nak tulis dalam blog ni idea tak ada tapi rasa teringin nak menulis.

Jadi nak tak nak kenalah letak target supaya hala tuju kita jelas, senang sikit nak ikut. So kalau ada apa2 komen dan maklumat nak bagi - bagitaulah kat saya disini di alamat email cybercoxswain@yahoo.com , boleh kita berkongsi bersama. Walaupun sebelum ni ada jugak yang email saya.

Sebenarnya bukan ada masa pun nak menulis blog ni sebab sibuk ngan kerja, ye-lah kita ni kan PSSTLDM (sukarela-tak sapa suruh pun)kerja 2 dalam 1 kena pandai2 membahagi masa...

Tapi bila saya tengok poll yang saya buat "Adakah laman blog ini dapat memberi anda sedikit pengetahuan anda tetang Navy / TLDM / PSSTLDM?" ada jugak orang vote kat "Mengarutlah..." memang mengarutkah weblog ini? atau saya yang mengarut... apa yang saya nak buat ha... mmm boleh bagi idea skit

Tengok trafik pulak just nice dengan pelawat dalam 200 lebih sebagai permulaan tapi yang mengundi hanya 4 orang jer... susahkah nak ngundi atau sistem tak sampai ke semua pc yang access weblog ni, tertanya2 saya...

so kepada pembaca2 sekalian sudi-sudilah meninggalkan komen anda kepada saya sekadar idea baru atau apa2 yg patut supaya kita boleh meramaikan lagi aktiviti murni kesukarelawan ni untuk negara. Sedia Berkorban.

No comments: