
Lihatlah suasana ketika Sunset / Matahari Terbenam di Pantai Merdeka, cantikkan. Mungkin itulah yang memberi idea untuk lagu Cinta Di Pantai Merdeka yang famous tu...
Dengan perjalanan mendayung kayak menentang arus di mana pada waktu itu air surut dan kami terpaksa mudik kehulu merupakan satu pengalaman yang cukup-cukup mencabar. Jangan berhenti mendayung walaupun terlalu letih dan tangan berasa lenguh kalau tak nak kayak hanyut ke belakang. So terpaksalah mendayung jugak walau apa pun yang terjadi... adventure-lah katakan.

Dalam pada itu ada jugak kayak yang bocor!... mana dengan nak mendayung lagi nak timba air dalam kayak lagi... ish ish ish kesiannn.
Dah tu dengan angin yang bertiup kencang ketika kayak hilir ke muara satu lagi cabaran yang terpaksa ditempuhi anggota yang terlibat dalam aktiviti ini. Nasib baiklah ada bot2 yang sedia membantu dari JPA3.
Untuk pengetahuan, kami mendapat kerjasama dari Jabatan Pertahanan Awam Sungai Petani dalam memberi rescue kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Baik sungguh jabatan ini, diorang sediakan 3 bot penyelamat untuk standby dalam aktiviti ini. Terima Kasih bebanyak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA3 ). Terima kasih daun keladi....

Semua anggota yang terlibat kembali ke Pantai Merdeka dan berkhemah untuk semalam lagi. Semua dah cukup letih malam tu tapi time barbeque boleh layan plak... siap ambik bahagian berkaraoke lagi sampai jam 2359... hebat! Walau pun begitu as a navy duty tetap ada... jangan lupa time bertugas dah ler.
No comments:
Post a Comment