8hb Jun 2008 adalah hari yang dipilih untuk diadakan Latihan Menembak Bersama Majikan PSSTLDM. Seramai lebih kurang 40 orang majikan yang dijemput telah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyertai latihan menembak ini.
Latihan diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, Pulau Pinang. Bermula jam 0800 dan tamat pada jam 1700 petang. Latihan menembak kali ini memberi peluang kepada majikan dan anggota PSSTLDM menggunakan GPMG, Stayer dan Pistol Glock serta Thunder Flash. Lebih 4000 butir peluru hidup dihamburkan untuk sesi latihan ini.
Latihan diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, Pulau Pinang. Bermula jam 0800 dan tamat pada jam 1700 petang. Latihan menembak kali ini memberi peluang kepada majikan dan anggota PSSTLDM menggunakan GPMG, Stayer dan Pistol Glock serta Thunder Flash. Lebih 4000 butir peluru hidup dihamburkan untuk sesi latihan ini.
Pakaian untuk para majikan adalah PT lengkap dan untuk anggota pula ialah Biru (2delta untuk Pegawai dan 2bravo untuk LLP). Sesi penerangan / taklimat dilakukan oleh PWI PPP(GI) Shaharim. Puas jugaklah nak menerangkan kepada bos-bos ini yang meliputi pelbagai background dan tak pernah terlintas nak pegang senjata ni yang sebelum ini hanya duduk dalam pejabat berhawa dingin saja. Sekali sekala apa salahnya ye tak.
Ok, sebelum para majikan ini mengambil tempat untuk menembak sesi latihan dimulakan dengan anggota dahulu supaya para bos-bos boleh melihat tatacara sebenar di lapang sasar. Detail pun diberikan untuk setiap orang supaya mengetahui giliran masing-masing.
Pelbagai reaksi spontan kelihatan maklumlah ini merupakan pengalaman kali pertama mereka memegang senjata yang amat digeruni selama ini. Senjata yang boleh MEMBUNUH. Apatah lagi melibatkan peluru hidup dan bunyi letupan yang bukan calang-calang. Ada juga sorang dua majikan ini menarik diri dari menembak di saat-saat akhir kerana takut dengan bunyi yang mendesingkan telinga dan juga takut pada senjata itu sendiri.
Sesi menembak bersama majikan telah dan dirancang untuk diadakan setahun sekali untuk memberi peluang para majikan / bos-bos ini memahami dengan lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota PSSTLDM dalam menyumbang bakti pada negara. Supaya di lain masa apabila ada anggota PSS yang memohon cuti / kelepasan agar dipermudahkan dan tak disoal yang macam-macam. Selain mereka dapat merasakan sendiri pengalaman dan keperitan anggota PSS dalam latihan dan bukan sesuatu yang suka-suka untuk memohon cuti (tak bergaji pulak tu) bertepatan dengan tag “Sedia Berkorban”.
No comments:
Post a Comment