KUANTAN – Sekumpulan 22 nelayan nyaris maut apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Nenasi dekat Pekan malam kelmarin.
[Keterangan Gambar: RAZLAN (kiri) menunjukkan kesan melecur dan Kamaruddin (kanan) menunjukkan laporan polis mengenai kejadian bot dinaiki mereka dirempuh kapal TLDM di perairan Nenasi, Kuantan kelmarin.]
Kejadian pukul 10 malam di perairan 32 batu nautika di Nenasi tersebut menyebabkan bot nelayan yang sedang menangkap ikan itu karam.
Kesemua nelayan di dalam bot tersebut terhumban ke dalam laut.
Pemilik bot malang, Alyas Ismail, 49, mendakwa, seorang nelayan dalam bot miliknya sempat menjerit ke arah kapal TLDM itu tetapi kapal tersebut tetap merempuh bot miliknya.
Katanya, salah seorang daripada nelayan di dalam bot melecur di beberapa bahagian badan akibat dihempap enjin bot.
“Kesemua nelayan nyaris lemas dan saya sendiri rugi RM2 juta kerana bot karam. Mujur tak ada yang mati,’’ kata beliau.
Seorang mangsa, Kamaruddin Ismail, 46, pula berkata, kejadian tersebut menyebabkan bot yang dinaiki mereka terputus dua.
“Selepas berlanggar, kami semua terhumban ke dalam laut dan masing-masing memanggil nama kawan-kawan untuk pastikan mereka semua selamat,’’ katanya yang memberitahu mereka kemudian diselamatkan anak kapal TLDM yang membawa mereka ke Pangkalan TLDM Tanjong Gelang.
Sumber : Kosmo Online
CyberCoxswain : Bagi saya bukan niat TLDM nak merempuh kapal nelayan itu kalau mereka tahu dan sedar itu adalah nelayan kita atau juga mungkin ada sebab yang kita tak tahu. Tapi apa yang penting hanya mereka yang tahu...

1 comment:
Memang bukan niat TLDM untuk melanggar...
tetapi mengikut ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952..
B.A kaedah 2 perenggan A & B
Kapal TLDM wajib bertanggungjawab mengadakan "look out" secara penglihatan & pendengaran....
risiko pelanggaran dapat di tafsirkan...
dan dapat mengelak pelanggaran mengikut B.B kaedah 8
moral: semasa mengemudi vesel jgn tido..
walaupun tido itu menjadi sebahagian keje encik2 navy..
yang peliknya TLDM buat pemilihan macam mana..
menerima KAPTEN cap ayam...
Post a Comment