Thursday, February 5, 2009

Navy Housewife

Navy : Mah, "Housewife" abang kat ne?
Isteri: Apa abang ni dah pasang dua ke?
Navy : Apa pulak bini aku ni... membebel tak tentu pasal?
Isteri: Yelah, abang minta housewife tadi kan... setahu saya, saya sorang jelah bini abang!
Navy : Oh silap! Naval Term dah terbawa balik rumah pulak... hehehe... sebenarnya abang minta alatan menjahit, abang nak jahit batch ni.
Isteri: Laaa... ingatkan apa tadi.


Ha, pernahkah anda mengalami keadaan sedemikian rupa di rumah? Inilah bahasa-bahasa yang kadang-kadang tidak sengaja terkeluar ketika di rumah dengan isteri dan kadang-kadang dengan anak-anak juga.

Apa nak buat dah live macam tu so terbawa-bawalah... hehehe

Sebenarnya "Housewife" yang dimaksudkan adalah alatan menjahit (sewing kits) seperti jarum, benang dan gunting yang selalu navy people ini ada (selalunya dalam set lengkap) untuk setiap sailing bagi menangani kes-kes kecemasan seperti butang tanggal atau seluar koyak ke atau "Irish pennant" terkeluar.

Ha, jadi jangan ingat navy yang bujang tu tak ada housewife... jeng..jeng..jeng!

Kat tengah-tengah laut tu mana ada kedai jahit mahupun tailor nak tolong jahitkan. So, inilah peranannya housewife yang dibawa tu. Sendiri jahitlah bang...

Bagi "Irish Pennant" pula, nanti kita cite...

2 comments:

fizza frenzy said...

housewife ek?
ermmm nama tu mmg menimbulkan tanda tanya hihihi ape2 pn bagus jugak ada set mjahit cmtu... sy nk anjurkan suma org lelaki selain navy pn ada set 'housewife' sendiri.. hihi memudahkan bakal2 isteri...

Cyber Coxswain said...

yup! memang housewife... mcam tak caya kan tapi itulah hakikat dalam navy ni (naval term tu). bagi army ngan airforce pulak tak sure diorang panggil apa