Kursus dijalankan pada 4hb (lapor diri) hingga 9hb September 2008. Kursus LKII CTC diadakan serentak dengan Kursus BM CTC pada hari dan tarikh yang sama (di bulan puasa pulak tu).
Walau pun pelatih-pelatih agak ramai kali ini kerana 2 kursus dijalankan serentak pada tarikh yang sama, penginapan dan makan minum untuk pelatih mencukupi dengan semuanya telah disusun dengan baik. [Keterangan Gambar: Pelatih-pelatih Kursus BM CTC PSSTLDM]
Ada yang datang dari PSTL Chendering, PSTL Kuching (untung diaorang dari east ni... sambil kursus dapat jalan-jalan kat Penang, bukan senang nak dapat, ditaja keseluruhan... untung kan) , KD Sri Manjung, KD Sri Klang dan dari KDSP sendiri. Dekat 50 orang jugaklah semuanya.
Modul latihan untuk Kursus LKII CTC adalah basic saja... peringkat permulaan untuk mengenal dengan lebih dekat organisasi TLDM dan pengetahuan asas tentang Ilmu Kelautan, Pentadbiran, Akta Angkatan Tentera 1972 (undang-undang dalam angkatan tentera), Damage Control Fire Fighting (DCFF... melawan kebakaranlah tu) dan juga Kawad Kaki.
Untuk melawan kebakaran siap dengan praktikal sekali menggunakan hose dan pili bomba cuma api saja yang tak kelihatan. Kali ini pelatih Kursus BM CTC di tugaskan mengajar dan menugaskan (detail anggota) pelatih LKII CTC melawan api. Ini semua untuk melihat samada bakal-bakal PO ni boleh conduct dengan power comand diaorang atau tidak. Hasilnya tidak mendukacitakan.
Kawad kaki pula agak meletihkan kerana ada anggota kursus (LKII) yang langsung tidak tahu berkawad. Puas Jurulatih Kawad (GI) bertempik sampaikan hari terakhir nak balik pun kena buat latihan lagi. Tetapi ada perkembangan untuk aanggota-anggota tesebut.
Minggu depan ada Kursus Asas Perajurit Muda pulak 15 hingga 20hb.
No comments:
Post a Comment