Persoalan seperti siapa musuh Malaysia dan tuduhan rasuah apabila sistem pertahanan negara dibangunkan kadangkala menjadi stereotaip yang menjelekkan. Sedangkan rakyat negara jiran cukup berbangga dengan kemajuan pertahanan mereka.
SEJAK kebelakangan ini setiap perolehan aset pertahanan negara dipandang negatif seperti apa yang berlaku dalam perolehan Eurocopter EC-725 dan kapal selam Scorpene.
[Keterangan Gambar: CADANGAN pembelian Eurocopter EC-725 dan kapal selam Scorpene, menimbulkan pelbagai isu termasuklah dakwaan rasuah.]
Orang ramai dan ahli politik ada yang bertanya untuk apa pembelian senjata ini dan siapakah musuh luar sebenar Malaysia.
Pendapat sebegini mungkin muncul kerana tanggapan bahawa Malaysia kini tidak menghadapi ancaman luar dan juga kerana dakwaan pelbagai pihak bahawa berlaku penyelewengan dalam pemerolehan ketenteraan.
Mungkin ramai sudah lupa akan konfrontasi yang berlaku lebih 40 tahun lalu, selepas negara merdeka pada 1957, apabila sebuah negara jiran mengancam negara ini sebagai membantah gagasan Malaysia.
Setiap pembelian peralatan pertahanan sebenarnya berpandu kepada Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang memungkinkan negara ini mengambil pendekatan pertahanan bersifat defensif (bertahan) atau ofensif (menyerang) dalam mempertahan kedaulatannya.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata berasaskan dasar ini, pihak berwajib mewujudkan Operational Concept (OC).
"OC ini adalah mustahak iaitu bagaimana angkatan tentera akan mendukung DPN dalam mempertahan kedaulatan kita dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)," katanya kepada penulis selepas satu majlis di Port Dickson baru-baru ini.
Perancang pertahanan pula akan melihat jika ada kelemahan yang perlu diatasi dalam pertahanan negara misalnya adakah negara ini mempunyai peralatan maritim yang mencukupi untuk mempertahan EEZ, katanya.
"Di sinilah perancang-perancang di Markas Angkatan Tentera akan menentukan apakah yang kita perlu ada untuk mengatasi kepincangan ini, adakah kita perlu ada kapal perang, kapal terbang, lebih ramai infantri atau sebagainya.
Keutamaan untuk semua cabang ATM
"Semasa darurat dahulu, tentera darat pernah mendapat keutamaan kerana kita memerlukan peralatan yang terbaik untuk menewaskan komunis," katanya.
Hari ini, sesuai dengan cabaran yang dihadapi negara, keutamaan diberikan kepada tentera laut dan udara. Oleh itu tidak timbul tuduhan bahawa tentera darat telah diketepikan, katanya.
Pada pendapat Muhammad Ismail, ruang pertahanan yang masih belum ditutup pada hari ini ialah ketiadaan kelebihan pesawat Radar Amaran Awal (Awacs) yang membolehkan pasukan keselamatan memantau ruang udara dengan lebih ketat.
Malaysia mempunyai radar permukaan tetapi tidak mencukupi untuk memberi liputan yang mantap supaya pesawat negara boleh divektorkan terhadap kapal terbang penceroboh, katanya.
"Kita perlu menggubal satu sistem yang fleksibel kerana kerajaan tidak mampu membangunkan satu projek dalam jangka singkat, kemungkinan besar perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak ada peranan besar dalam Dasar Pertahanan Negara terpaksa ditangguhkan pembelian asetnya," kata beliau.
Sikap rakyat Malaysia menyedihkan
Beliau kesal dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia dan ahli politik hari ini kerana tidak tahu kepentingan pembangunan pertahanan kepada negara.
"Setiap kali sesuatu sistem dibeli, ia akan dikaitkan dengan rasuah. Ramai juga yang daif dengan bertanya, untuk apa jet pejuang ini dibeli...siapa musuh kita, bukankah lebih baik wang yang ada dilabur untuk pembangunan infrastruktur dan sebagainya," katanya.
Tinjauan Bernama pada laman-laman sembang di Internet mendapati sikap negatif ini sukar untuk dilihat dalam kalangan rakyat Indonesia atau pun Singapura.
Rakyat Indonesia misalnya lebih melahirkan rasa kesal kerana pemerintah tidak membangunkan angkatan lautnya dengan efektif dan rakyat Singapura pula amat bangga dengan pembangunan angkatan tentera republik itu boleh dilihat pada sgforums.com pada ruang pendapat 'Militarynuts'.
Tidak ada pula saranan daripada kalangan mereka supaya pemerintah negara pulau itu memperlahankan pembangunan angkatan tenteranya atau bertanya, "Siapa musuh?". - Bernama
CyberCoxswain: Artikel dipetik dari Bernama, betulkah rakyat kita macam tu?... berikan komen anda

4 comments:
Saya sebagai rakyat Malaysia yang amat cintakan negara serta sistem pertahanan di negara ini (ATM)dll, turut tidak bersetuju jika terdapatnya sesetengah pihak yang cuba mengaitkan mereka ini dengan perkara-perkara yang tidak pasti sejauh mana kesahihan sesuatu berita yang diterima. Namun apa yang penting bagi saya biarlah pihak ATM termasuk NAVY menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna dan jayanya tanpa sebarang gangguan dari pihak luar samada politik dsbgnya, kerana ini penting dalam memastikan sistem pertahanan di negara kita sentiasa di hormati dan dipandang gah oleh negara sendiri mahupun dari luar negara yang sememangnya memuji kemantapan sistem pertahanan di negara kita samada di lautan (NAVY) darat ( tentera darat) Udara ( AIRForce ), tambahan lagi aper saya saya sedia tahu, mereka ini adalah pejuang yang dari awalnya telah diasah supaya cintakan negara dan sanggup berkorban demi keselamatan negara tercinta. Harapan dari saya majulah sistem pertahanan negara, tidak perlu takut jika berada di jalan yang benar, Berjuanglah dengan kejujuran dan semangat patriotisme yang tinggi demi nusa bangsa & jangan mudah latah dengan setiap omongan & kritikan..Tetapi ambil ianya sebagai cabaran untuk membuktikan NAVY sentiasa kuat dan mantap dalam menajlankan tugas di perairan. Syabas !!
Sokong ATM...orang yang berfikiran cetek je anggap semua aset-aset yang dibeli tu membazir...siapa musuh Malaysia???mana ah kita tau kan,sebab zaman sekarang pun,kawan makan kawan,betul x???kalau negara maju,tapi sistem pertahanan lembap,x guna gak...negara boleh musnah sekelip mata je...so,kalau anggap semua ni membazir,better jangan jadi rakyat Malaysia...kalau bukan kita yang jaga negara kita,siapa yang nak jaga...kalau bukan kita yang gunakan aset-aset tu semua untuk pertahankan negara kita,siapa lagi???janganlah sekadar jadi rakyat Malaysia,tapi jadilah rakyat Malaysia yang bersifat nasionalisme dan patriotisme...GEMPUR...WIRA!!!
sebenarnya saya penulis asal artikel ini. Terima Kasih kerana menyokong pasal artikel ini dikutuk teruk oleh pihak lain di satu laman blog
terima kasih di atas komen2 anda juga dari penulis asal artikel ini. "Barang yg baik dibuang ke laut menjadi pulau, dibuang ke darat menjadi gunung"
Post a Comment