15hb November, Sabtu - Latihan menembak dijalankan untuk anggota PSSTLDM KD Sri Pinang (KDSP) di Lapang Sasar Sungai Dua, Pulau Pinang. Tiada jemputan khas atau tetamu VIP dari majikan kali ini walaupun ada yang bertanya bila nak panggil lagi... cukuplah tu bukan boleh selalu.
Latihan menembak kali ini menggunakan senjata Steyr-AUG, General Purpose Machine Gun / GPMG dan Pistol jenis Browning (rujuk gambar di sebelah) & Glock. Kepada sesiapa yang belum berpeluang menembak menggunakan GPMG dan pistol inilah masanya untuk merasa dan mencuba menggunakannya sebab kalau Steyr tu selalu dah. Tapi yang ini kalau tak try rugi... Lebih 50 anggota pelbagai pangkat terlibat dalam latihan kali ini termasuk Perajurit Muda yang baru masuk. Dato' CO juga sudi melapangkan masa menyertai latihan menembak untuk semua jenis senjata yang digunakan. Boleh tahan juga CO kami ini... sanggup berlari bersama anggota semasa latihan tu...
Tapi yang tak best-nya bila time makan tengahari... nasi mentahlah pulak!... nasib baik lauk ok... dengan ikan masak masam manis, kari daging dengan kacang panjang, sayur kobis goreng dengan telur dan buah... walaupun air minuman tak cukup untuk semua anggota yang terlibat. Siapalah inchage masak ni... ramai jugak yang merungut. Tapi time balik base lepas menembak tengok-tengok cook dah balik dah... nak lari ler tu... ade ke patut. Ada ura-ura nak tukar cook lepas ni sebab prestasi tidak memuaskan kata diaoranglah.
No comments:
Post a Comment