Jasamu sentiasa dikenang.
Sedia Berkorban.
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang sedang dalam pembinaan bakal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan pertahanan negara.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (gambar) berkata, penubuhannya bukan hanya sebagai sebuah pusat pengajian dalam bidang strategi dan pertahanan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
‘‘Penubuhan Puspahanas adalah sebagai persediaan awal kerajaan mempertingkatkan daya saing ilmu ketenteraan dan tahap profesionalisme pegawai tentera khususnya bagi menangani pelbagai bentuk ancaman kepada negara pada masa hadapan,’’ katanya.
Beliau berucap pada majlis penyampaian Diploma Kursus Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia (MTAT) Ke-37 di Auditorium Kementerian Pertahanan Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Beliau seterusnya berharap Puspahanas dapat disiapkan mengikut jadual dan juga menjadi sebuah pusat latihan bertaraf antarabangsa bagi ATM.
‘‘Dengan kemudahan yang lengkap serta lokasi Puspahanas yang ideal, saya percaya bahawa peserta kursus nanti akan dapat belajar dan menjalankan penyelidikan dalam persekitaran yang selesa dan memuaskan,’’ katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online
CyberCoxswain: Satu lagi pusat kecemerlangan ilmu pertahanan bakal ada dalam negara kita yang tercinta ini dan jangan lupa kita juga akan ada satu Pusat Latihan PSSTLDM di Pulau Pinang yang bakal dibangunkan dengan segala kemudahan dan infrastruktur moden untuk melatih sukarelawan dan sukarelawati bagi berkhidmat untuk negara.
Seperti biasa menu disajikan oleh caterer yang tidak asing lagi di KDSP iaitu X-Navy dan X-PSSTLDM Coxswain Daud. Memang sedaplah makan malam tu...
"Show Time"
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama semua anggota yang terlibat samada regular mahupun PSS dan juga Palapes dalam menjayakan audit pengurusan dan malam mesra kali ini.
Sebabnya...
Tapi tak mengapa kerana base ini bakal dirobohkan untuk didirikan base baru yang serba lengkap sebagai Pusat Latihan PSSTLDM dan ini merupakan kali terakhir untuk base KDSP yang bersejarah menerima audit pengurusan.
So, kepada seluruh warga KDSP marilah kita beramai-ramai berganding bahu dan memeriahkan inspection kali ini.
SEDIA BERKORBAN
Selepas selesai makan, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas dari urusetia majlis iaitu P/BM TMK Zainudin dan seterusnya mempersilakan Presiden Wisma Bintara PSSTLDM iaitu PW1 PPP (GI) Shukri menyerahkan cenderahati berupa 'frame plague' sebagai Penghargaan dan Jasamu Dikenang kepada mereka yang diraikan ikhlas dari Wisma Bintara.
"Selamat bersara dan semoga maju jaya dalam segala lapangan yang diceburi serta jutaan terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar selama ini".
Sedia BerkorbanSelamat Datang! dan terima kasih atas kunjungan anda ke laman blog Navy / TLDM / PSSTLDM ini.
Laman blog ini dijangka dapat memberi sedikit maklumat, pengetahuan disamping menceritakan aktiviti - aktiviti yang dilakukan, berita - berita, pengumuman dan perkara terkini yang dilakukan oleh TLDM / PSSTLDM dan juga maklumat yang lebih khusus kepada aktiviti di Pusat Latihan PSSTLDM, KD Sri Pinang.
Sebarang komen / ulasan boleh dihantar kepada setiap tajuk catatan atau pun untuk maklumat-maklumat lain boleh di e-mail kan kepada saya di cybercoxswain@yahoo.com terima kasih.