Monday, February 1, 2010

Jawapan kepada Persoalan

Satu persoalan:

“Apagunanya kalau http://cybercoxswain.blogspot.com/ sentiasa mengagung-agungkan PSSTLDM. Mana org2 ni semua?”

Sepuluh jawapan:

  1. kerana mereka berjasa secara sukarela bukan senang nak menyuruh orang memberi sumbangan sebegini yang diri sendiri pun rasa kurang mampu melakukannya
  2. walaupun beban kerja berlambak di tempat kerja hakiki / pejabat, masih sudi meluangkan masa untuk latihan mingguan dan aktiviti ACT yang sudah pastinya akan menambah beban di kepala (kata orang; macam mencari penyakit)
  3. sanggup menghabiskan cuti tahunan semuanya untuk PSSTLDM dengan rela hati
  4. tinggal tugas dengan bercuti tanpa gaji semata-mata untuk menghadiri dan menyertai aktiviti ACT yang dianjurkan
  5. tinggal isteri dan anak-anak / ibu bapa kebiasaannya selama 3 hari hingga 14 hari atau mungkin lebih hanya kerana kursus dan latihan PSSTLDM
  6. dimarahi penyelia dan majikan kerana selalu bercuti (dah lah cuti tanpa gaji… pun tetap kena marah jugak…)
  7. dimarahi rakan setugas di tempat kerja kerana meninggalkan lebih beban tugas kepada mereka semasa bercuti walaupun dengan kawan rapat sendiri (protes)
  8. dicop sebagai bermasalah dan rekod buruk kerana kerap mohon cuti (sebab itu mereka ini tidak boleh ambil cuti selalu)
  9. walaupun mendapat layanan teruk tetap bersemangat untuk terus berkorban dan dikorbankan
  10. kurang publisiti lagipun mereka ini memang jenis yang merendah diri dan siapa lagi nak cerita program / aktiviti mereka ini selain di sini yang selalunya tidak mendapat tempat di media luar.

Lima kesimpulan:

  1. hargailah jasa, pengorbanan masa dan keringat mereka ini kerana mereka ini ibarat aset kepada pasukan
  2. berilah kesenangan dan permudahkan kepada mereka ini dalam segala urusan berkaitan dengan segala keperluan mereka supaya aset yang ada tidak lari ke tempat lain / hilang semangat kesukarelaan
  3. semangat “setiakawan” perlu diperluaskan dan tidak terikat dengan protokol dan halangan-halangan birokrasi yang melecehkan dan melumpuhkan kesetiaan
  4. jangan dibebankan sangat anggota-anggota PSS ini dengan kerja / tugasan / arahan yang bukan-bukan (apa tu?... pejam mata dan slowly kenang kembali)
  5. anggota PSS ini adalah pelanggan kepada pihak pengurusan pasukan / base yang diketuai oleh KPS dan normally known that “customer is always right”.

Untuk persoalan: “Mana org2 ni semua?”

Jawapan: kalau yang di atas tidak dijaga sebaik mungkin (rujuk kesimpulan) itulah kesan dan akibat dari perbuatan sendiri.

ada betul?... sila komen di bawah. TK.

8 comments:

Cyber Coxswain said...

Mungkin ya, mungkin tidak.

Bukan mencari salah sesiapa, cuma satu idea penambahbaikan daripada input yg diterima. Hopefully diterima...

Nona*maNis said...

biase la 2..
susah nk buat sume puas hati..
tapi by using blog cmni bleh add knowledge gak...it's a good effort!

-something is better than nothing-

*sedia berkorban*

SHAHRILL AFFIZ said...

saya setuju coxn, sya da alaminya

Iskandar Mohammad said...

Janganlah bercakaran sesama sendiri carilah jalan penyelesaian dimeja rundingan,kerna bercakaran itu amalan syaitan, kukuhkanlah ukhwah sesama kita,buang segala keegoan dan kawal nafsu, buang yang keruh ambil yang jernih, bersatu kembali laksanakan tanggungjawab pada negara

Iskandar Mohammad said...

Ayuh bangun semua sahut segala cabaran yang mendatang carilah kekuatan kita bina semula dan kukuhkan pasukan PSSTLDM KD Sri Pinang, janganlah kita bezakan pangkat sesama kita cuma hormati lah sebagaimana piagam TLDM kepada kita kerana ia mengambarkan kekuatan ketaatan kita pada arahan/perintah yang perlu dilaksanakan, kerana diantara pangkat2 itu ada hubung kait dalam menjalankan tugas sebagai satu pasukan bg meraih kejayaan atau kekuatan. Bersatulah,berkerjasamalah bagi menjayakannya.......

Iskandar Mohammad said...

Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan,penipuan dan sebagainya, jgn lah jadikan alasan itu untuk kita diambang perpecahan dan pertelingkahan sesama kita, kerna ada orang akan meraih keuntungan yang mana kita akan rugi serta ada yang bertepuk tangan gembira terutamanya sisyaitan durjana yang inginkan umat manusia mengikut telunjuknya, janganlah jadi seperti syaitan itu. fikir fikirkan lah

Cyber Coxswain said...

Alhamdulillah,
terima kasih di atas komen, cadangan dan ulasan tuan-tuan semua.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Setiap yang baik itu adalah datang dari-Nya dan yang jahat, buruk itu dari diri sendiri sebagai manusia yang tidak lepas dari melakukan dosa.

..nOWa.. said...

Salam..
Tahniah coxn kerana masih bersemangat berjuang dalam pasukan PSS..teruskan usaha membantu menaikkan semangat anggota PSS yang lain agar tidak dipandang 'hina' oleh anggota tetap..

Soalan kepada anggota tetap - Dengan jujur nyatakan sama ada anda rasa PSSTLDM ini relevan?