Wednesday, February 10, 2010

Askar Marin AS makan katak, kala jengking

DARAH ular senduk diminum oleh seorang askar Amerika Syarikat

BANGKOK - Askar-askar marin Amerika Syarikat (AS) makan katak, kala jengking dan minum darah ular tedung pada satu program kemahiran hidup di hutan wilayah Chonburi, Thailand semalam.

Seramai 14,000 anggota tentera dari enam buah negara iaitu Korea Selatan, Indonesia, Thailand, AS, Singapura dan Jepun terlibat dalam latihan perang itu.

Latihan itu yang diadakan di sebuah kem tentera laut di Chonburi akan berakhir hari ini. - AFP

Sumber: Kosmo! Online

CyberCoxswain: Rasanya anggota PASKAL kita pun tak kurang hebatnya. Begitulah corak latihan sebagai anggota komando yang memang hebat untuk menangkis segala cabaran, halangan dan dugaan dari segi mental dan fizikal. Kalau nak cerita mungkin sampai esok pun tak habis. Dan mungkin juga ada anggota atau bekas anggota komando sendiri yang nak mengulas...

Atau mungkin tak mahu publisiti ataupun menjaga sensitiviti.

1 comment:

Iskandar Mohammad said...

Memang PASKAL kita tak kurang hebatnya cuma tiada publisiti yang menonjolkan imej mereka sahaja,ada pun hanya sedikit mengenai anggota PASKAL itu.Sepatutnya mereka ini diberi penghargaan yang sewajarnya diatas sumbangan tenaga semasa bertugas yang tak mengenal erti kepayahan dan keperitan hidup mengawal negara kerana mereka sanggup melakukan apa saja untuk negara walau nyawa sebagai galang gantinya.Tabik pada PASKAL yang punya hati ynag cekal bahkan semua komando yang berada didalam ATM, tak lupa kepada anggota biasa anda juga tak dilupakan yang tetap berjasa pada negara kerna bidang tugas tetap untuk mempertahankan negara tercinta.