“Apagunanya kalau http://cybercoxswain.blogspot.com/ sentiasa mengagung-agungkan PSSTLDM. Mana org2 ni semua?”
Sepuluh jawapan:
- kerana mereka berjasa secara sukarela bukan senang nak menyuruh orang memberi sumbangan sebegini yang diri sendiri pun rasa kurang mampu melakukannya
- walaupun beban kerja berlambak di tempat kerja hakiki / pejabat, masih sudi meluangkan masa untuk latihan mingguan dan aktiviti ACT yang sudah pastinya akan menambah beban di kepala (kata orang; macam mencari penyakit)
- sanggup menghabiskan cuti tahunan semuanya untuk PSSTLDM dengan rela hati
- tinggal tugas dengan bercuti tanpa gaji semata-mata untuk menghadiri dan menyertai aktiviti ACT yang dianjurkan
- tinggal isteri dan anak-anak / ibu bapa kebiasaannya selama 3 hari hingga 14 hari atau mungkin lebih hanya kerana kursus dan latihan PSSTLDM
- dimarahi penyelia dan majikan kerana selalu bercuti (dah lah cuti tanpa gaji… pun tetap kena marah jugak…)
- dimarahi rakan setugas di tempat kerja kerana meninggalkan lebih beban tugas kepada mereka semasa bercuti walaupun dengan kawan rapat sendiri (protes)
- dicop sebagai bermasalah dan rekod buruk kerana kerap mohon cuti (sebab itu mereka ini tidak boleh ambil cuti selalu)
- walaupun mendapat layanan teruk tetap bersemangat untuk terus berkorban dan dikorbankan
- kurang publisiti lagipun mereka ini memang jenis yang merendah diri dan siapa lagi nak cerita program / aktiviti mereka ini selain di sini yang selalunya tidak mendapat tempat di media luar.
Lima kesimpulan:
- hargailah jasa, pengorbanan masa dan keringat mereka ini kerana mereka ini ibarat aset kepada pasukan
- berilah kesenangan dan permudahkan kepada mereka ini dalam segala urusan berkaitan dengan segala keperluan mereka supaya aset yang ada tidak lari ke tempat lain / hilang semangat kesukarelaan
- semangat “setiakawan” perlu diperluaskan dan tidak terikat dengan protokol dan halangan-halangan birokrasi yang melecehkan dan melumpuhkan kesetiaan
- jangan dibebankan sangat anggota-anggota PSS ini dengan kerja / tugasan / arahan yang bukan-bukan (apa tu?... pejam mata dan slowly kenang kembali)
- anggota PSS ini adalah pelanggan kepada pihak pengurusan pasukan / base yang diketuai oleh KPS dan normally known that “customer is always right”.
Untuk persoalan: “Mana org2 ni semua?”
Jawapan: kalau yang di atas tidak dijaga sebaik mungkin (rujuk kesimpulan) itulah kesan dan akibat dari perbuatan sendiri.
ada betul?... sila komen di bawah. TK.
37 ulasan:
tepat & padat rasanya pihak yang bertanya berpuas hati dgn JAWAPAN ......
Mungkin ya, mungkin tidak.
Bukan mencari salah sesiapa, cuma satu idea penambahbaikan daripada input yg diterima. Hopefully diterima...
La, ada juga yg bertanyakan soalan mcm tu. Apa pun Coxswain, SAYA SOKONG 100%.
biase la 2..
susah nk buat sume puas hati..
tapi by using blog cmni bleh add knowledge gak...it's a good effort!
-something is better than nothing-
*sedia berkorban*
Cybercoxn ada ker masa Perbarisan Pelancaran WAtaniah di Balik Pulau tempoh hari? X nmpk pun,kenapa x upload gambar perbarisan tu? @ sbb x ada PSS nak ambil gambar tu? Padahal Perbarisan tu untuk Pasukan Sukarela dan bukannya PALAPES mahupun anggota tetap? Biasala..benda yg seronok suma nak pergi, tapi kalau bab mcm ni, Tanggal Suma baju?
hiiii rasanya soalan di atas dah di jawab kot.....cuba baca semula
Rasanya kedua2 kena bagi kerjasama ....tapi kalau apa yang diharap tu x dapat mesti ada silap dimana2 ...cuba kaji balik dan perbetulkan..... betul x???
dah 10 thun dahhh.mcm2 kajian dijalankan.tapi mcm2 jugak abih kuat pun 3-5 bulan jaaa
org silih berganti.tapi objektif yang sama
Betul tu objektif yg same ....tp kalau care perlaksanaan tak kene boleh capai ke objektif tu....fikir2 kan....
masing masing ada kepentingan masing masing.jgan jadi kan amalan mesyuarat tingkap.kna telus dgan apa yng x telus
Rasanya kedua-dua pihak perlu bekerjasama... Jangan hanya menunding jari pada sebelah pihak saja.. Bawa berbincang.. Turun padang.. tanya pihak-pihak yang bawahan ni... apa yang perlu untuk penambahbaikan... tak salah kan.. satu unit.. satu bumbung... satu misi... satu matlamat... tak rugikan??? Cuba renung sejenak... kadang2 pihak di bawah nie lebih mempunyai idea yang bernas. Tapi kadang2 idea2 ni dicantas oleh pihak2 yang berkuasa tanpa kata dua... "Sedia Berkorban"
saya setuju coxn, sya da alaminya
bagus mcm 2 laaa anak bapakkk....
nokia
1.hargailah jasa, pengorbanan masa dan keringat mereka ini kerana mereka ini ibarat aset kepada pasukan.
Macam mana pula nak menghargai Pegawai dan Anggota tetap yang berhidmat di Unit yang xpernah selesai pertelingkahan ini? Mereka ini juga lebih banyak jasa, pegorbanan masa, dan keringat untuk unit ini. Adakah mereka dibayar elaun lebih masa? Dianugerahkan pingat dan gelaran? Adakah mereka ini bukan aset pasukan? Mungkin mereka hanya pencacai yang tidak perlu dijaga perasaan dan kebajikan mereka. Mungkin....
2.berilah kesenangan dan permudahkan kepada mereka ini dalam segala urusan berkaitan dengan segala keperluan mereka supaya aset yang ada tidak lari ke tempat lain / hilang semangat kesukarelaan.
Tidak cukup senang dan mudahkah di Unit ini? Inilah sikap manusia yg tidak pernah bersyukur... rasanya orang melayu dulu dah alami semua ini sebab itu lahirnya pepatah "BAGI BETIS NAK PAHA". Dan benar ungkapan Tun Mahathir..MELAYU MUDAH LUPA.... Sekiranya seseorang itu ikhlas dan ada semangat "kesukarelaan" dalam diri... dia tidak akan lari malah akan terus kental dalam memperbaiki kepincangan yang ada. Malah mungkin akan terus membantu walaupun dengan menyuarakan pendapat.
3.semangat “setiakawan” perlu diperluaskan dan tidak terikat dengan protokol dan halangan-halangan birokrasi yang melecehkan dan melumpuhkan kesetiaan.
Adakah Protokol dan Birokrasi melecehkan dan melumpuhkan kesetiaan? Rasanya semua tentera di seluruh dunia mengamalkan sistem yang sama. Mahukah seorang bintara diarah oleh seorang laskar muda? Ataupun seorang laskar muda yang menjadi ketua platun/ GI/ Coxwain dalam Unit ini. Ataupun Lt Muda mengarahkan Pegawai atasannya berlari? Mungkin kita boleh cuba bagi melihat kesannya baik atau buruk hidup tanpa protocol mahupun birokrasi. Cuba anda cadangkan pada Pegawai Memerintah ataupun Pegawai Staf anda. Tapi untuk anggota PSS sahaja kerana PSS akan hilang “setiakawan” sekiranya terus hidup dalam dunia protocol dan birokrasi. Mungkin…..
4.jangan dibebankan sangat anggota-anggota PSS ini dengan kerja / tugasan / arahan yang bukan-bukan (apa tu?... pejam mata dan slowly kenang kembali)
Rasanya ada dua sahaja kategorinya… PELATIH dan JURULATIH. Walaupun seseorang itu berpangkat Leftenan sekalipun… Sekiranya dia tidak memegang title JURULATIH….dia adalah PELATIH. Anggap sahaja kerja dan tugasan yang diberikan adalah latihan dan pelajaran yang baru bagi anda. InsyaAllah berkat kerja yang dilakukan disamping pahala yang melimpah ruah…Ini adalah Unit PSS “seperti yang tertera di TEMBOK”, jadi sepatutnya anggota PSS yang perlu bertungkus lumus menaikkan nama, memajukan, meningkatkan, menjayakan, segala aktiviti yang dianjurkan…. Anggota Tetap yang berhidmat di unit ini Cuma membantu… Adakah selama anda berkhidmat@menjalani latihan disini “MEMBEBANKAN”? Belum perang lagi… keadaan aman sgt…. Kalau xboleh hidup dalam keadaan yang membebankan dan arahan yang bukan2… Minta anda tubuhkan Pasukan Sukarela sendiri… Mungkin anda kurang bebanan dan mungkin tiada langsung dan anda boleh beri arahan yang tidak bukan2 pada anggota anda….Mungkin….
5.anggota PSS ini adalah pelanggan kepada pihak pengurusan pasukan / base yang diketuai oleh KPS dan normally known that “customer is always right”.
Bukan yang diketuai oleh KPS la… diketuai oleh seorang PEGAWAI MEMERINTAH… mungkin yang tulis ni belum cukup ilmu yang ditimba… Justeru….banyak membaca, bertanya dan bukan hanya melemparkan kata2 yang tidak berasas. Tahukah anda PSS mempunyai satu Buku Panduan yang amat lengkap dan jelas berkenaan Latihan, Dokumentasi serta Peranan dan Tugas PSS… Jadi jangan sesekali menyangkal mahupun mempersoalkan hal pentadbiran sekiranya tidak pernah membuka malah mencuit buku tersebut…. Setiap Organisasi ada PIAGAM PELANGGAN… Rasanya kedai besi buruk pun ada Piagam tersendiri… Rasanya frasa “customer is always right” ini hanya boleh digunakan apabila anda mengamalkan frasa “Biasakan yang Betul dan Betulkan yang Biasa”.
Mungkin jawapan2 di atas dapat menjawab segala kepincangan dan tomahan yang bermain di minda masing2.
hiii ...ade yg tanye begitu??? kat tempat coxswain saje kot rasanye kat tempat lain takde..tp jalan yg paling baik korang bawa bincang mesti ade jalan penyelesaiannye....
Aku rasa la kan isi-isi yang penulis bg ini sekadar alasan je.. bukan hakikat sebenar pun. Aku dulu pun PSS gak tp aku meluat dengan senior rate ni.. suka menyebuk bila jurulatih mengajar.. tambah-tambah bila ada pompuan... aku tak nafikan mmg ade angota yang komited, sangup datang dari ratusan kilometer ke Unit. Dan kebiasaan nya anggota ini tak bising contoh paling tepat GI Rahim, org yang paling aku kagum. Tp brape ramai yang menipu millage.. bila datang training, satu kereta naik 4-5 org.. nak jimat la konon.. Hakitat sebenarnya, masuk PSS ni sebagai sumber pendapatan ke-2.. Sbb tu bila peristiwa potong-potong ramai yang bising, sbb duit kena potong.. kalu atas 10 sebb yang diberikan penulis, mesti takdak yng bising. Btul tak?
Bila kena program berkawad, hilang la.. bila program bersuka ria.. maka ramai la yang nak tunjuk hero depan anak2 dara yang baru masuk PSS... sendiri tgk sendiri lihat.. Btul atau tak? nak tahu btul atau tak:
1. Sila buat statistik brapa ramai yang tipu milage.
2. brapa ramai yang mai naik satu kereta atas dasar nak jimat tp buat claim jauh..
3. Sapa yang beria-ria bising bila potong-potong ini belaku? Kalu dah btul ade pendapatan tetap.. takde masalahnyer kalu datang satu hari seminggu aja training. Jimat dan boleh fokus dengan kerj tetap.
4. Ayat paling bodoh aku dengaq, bila kata PALAPES guna duit banyak, last-last CO sendiri bgtau yg PSS guna duit millage sahaja RM600K.. Nampak sangat kelapaq duit.
Aku lebih kagum dengan budak PALAPES.. walaupun berada di Universiti, yg confirm nnt kerja hebat2, tp sangup masuk PALAPES seksa diri.. dan yang aku paling respect.. budak2 ni lebih rejimental bak kata dato'... mmg layak lah begelar pegawai... walaupun pegwai.. tetap hormat pada senior rate atas dasar umur.. tp senior rate PSSTLDM.. hampes.. belagak dengan perut borai je lebih... Kecewa dengan sikap angota PSSTLDM... Hipokrit.. terutama penulis.. Apa yang hang tulis semua hipokrit dan malulah pada diri sendiri.. menipu hakikat diri sendiri..... patut la takut tu ja hidup... wsalam..
daripada : Hipokrit Cybercoxwain.
masing masing nak betulkan benang yang basah.jagan basah kuyup dah leee
semua kita menipu.dalam segala segi.menipu pada nusa ,bangsa,agama dan ibu bapa kita .fikir fikir kan lahhh......
Janganlah bercakaran sesama sendiri carilah jalan penyelesaian dimeja rundingan,kerna bercakaran itu amalan syaitan, kukuhkanlah ukhwah sesama kita,buang segala keegoan dan kawal nafsu, buang yang keruh ambil yang jernih, bersatu kembali laksanakan tanggungjawab pada negara
Ayuh bangun semua sahut segala cabaran yang mendatang carilah kekuatan kita bina semula dan kukuhkan pasukan PSSTLDM KD Sri Pinang, janganlah kita bezakan pangkat sesama kita cuma hormati lah sebagaimana piagam TLDM kepada kita kerana ia mengambarkan kekuatan ketaatan kita pada arahan/perintah yang perlu dilaksanakan, kerana diantara pangkat2 itu ada hubung kait dalam menjalankan tugas sebagai satu pasukan bg meraih kejayaan atau kekuatan. Bersatulah,berkerjasamalah bagi menjayakannya.......
Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan,penipuan dan sebagainya, jgn lah jadikan alasan itu untuk kita diambang perpecahan dan pertelingkahan sesama kita, kerna ada orang akan meraih keuntungan yang mana kita akan rugi serta ada yang bertepuk tangan gembira terutamanya sisyaitan durjana yang inginkan umat manusia mengikut telunjuknya, janganlah jadi seperti syaitan itu. fikir fikirkan lah
amin aminnnn....itu yang sebaik nya.hanya tuhan saja yang layak ego.yang punyai sifat yang cukup cukup sempurna.pergi la beriadah seperti memancing ka klu idak pun layan mata tgk joran kat kedai pun dah dapat menghilangkan seratbut dkepala.semuga ceria sokmo
sebagai manusia kita tidak boleh menilai diri sendiri... tanyalah pada orang sekitar mengenai diri kita yang sebenarnya, mungkin jawapan ada pada mereka. proses ini baik utk mengenal diri sendiri.
Alhamdulillah,
terima kasih di atas komen, cadangan dan ulasan tuan-tuan semua.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Setiap yang baik itu adalah datang dari-Nya dan yang jahat, buruk itu dari diri sendiri sebagai manusia yang tidak lepas dari melakukan dosa.
Tau pun baik buruk, tapi kenapa x fikir dulu sebelum post benda ni semua? x ada akai ka?
pasai byak akai laaa lu orang x pakai akai.fiki leeeeee
Salam..
Tahniah coxn kerana masih bersemangat berjuang dalam pasukan PSS..teruskan usaha membantu menaikkan semangat anggota PSS yang lain agar tidak dipandang 'hina' oleh anggota tetap..
Soalan kepada anggota tetap - Dengan jujur nyatakan sama ada anda rasa PSSTLDM ini relevan?
hahahah.... kelakar la tgk korang nieh... mmg blh buat drama nieh... 'pergolakan antara pssrtldm dgn tldm' hahahahh.... rule dlm tentera ni satu je... kalo dh org atasan ckp cam 2... ikut je... nk wad cam mana... japg melawan... kiter gak yang kena... baek ikut je... pas2 kita harap diorang layan kita dgn baek balik... kalo x... layan je... x rugi paper pun.... hhahahahahah.....
mn ada pakai paper punnnn ang lagi lawak leh masuk raja lawakkk bila2 musim nak masuk heeee
kita orang x makan kipas cap udang mn leh wat baikk.baik pun kan dapat paa .
haaa klu dah betul dah tentu boleh ikut....klu x betul ikut buat ape haaaa tu la beza dia haaaa kita iku yg betu je haaa
Post a Comment