Perbarisan Pegawai Memerintah atau lebih dikenali dengan CO Division atau singkatan CO Div memang perkara lumrah dilakukan oleh setiap unit dalam TLDM mahupun PSSTLDM.
Pegawai Perbarisan Lt Kdr Jee Jeet Yuan sedang melapor.
Pada 23hb Januari 2010, Sabtu jam 0700H telah dengan jayanya semua anggota KD Sri Pinang melakukan perbarisan ini di Padang Kawad (sementara) KDSP.
Tahun ini ramailah pulak anggota yang hadir (memang sepatutnya begini pun) hingga penuh padang kawad yang kecil molek tu dan terpaksa dilakukan secara 'statik' sahaja yang mana anggotanya terdiri daripada staf tetap, anggota PSS dan Palapes. Mungkin tengah excited sebab tahun baru.
Tahun ini ramailah pulak anggota yang hadir (memang sepatutnya begini pun) hingga penuh padang kawad yang kecil molek tu dan terpaksa dilakukan secara 'statik' sahaja yang mana anggotanya terdiri daripada staf tetap, anggota PSS dan Palapes. Mungkin tengah excited sebab tahun baru.
Tengok, ramai tak?... semangat tengah berkobar-kobar ni... (tapi sebelum mendengar khabar yang 'potong, potong dan potong' tu lah)
Dan tidak seperti selalunya, tahun ini Dato' CO berucap panjang mengenai "setiakawan dalam pasukan" dan kelebihan KDSP dengan projek pembangunan infrastruktur baru yang telah diluluskan sebelum keadaan 'potong, potong dan potong' yang melanda sekarang - budget tak ade beb!... makan tak suply dan sampai nak kena sewa dan bayar sendiri duit dobi... ish ish ish...
Apa pun... PERBARISAN SELESAI, KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS DATO'
Apa pun... PERBARISAN SELESAI, KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS DATO'
Pakaian No. 1 bagi anggota LLP dari Laskar Kanan ke bawah. Menarik!
Antara orang kuat perbarisan hari tersebut, PW1 PPP (GI) Rahim.
Juga dengan pakaian No. 1 bagi Bintara Muda ke atas (kira senior rate lah tu)
10 ulasan:
Macam PALAPES jer yg ramai kat gambar tu, PSS baper org? bleh bagi pecahan Anggota yg dtg x CyberCoxn?
tak dinafikan...
bukan mencari alasan atau perbandingan tapi satu pemuafakatan dengan kekuatan yg ada bila dikatakan satu pasukan.
Hahahahhaha.. cyber coxwain ni pandai je bg alasan ape yang die tulis.. kalu budak palapes kalu dengan potong-potong pun tetap turun training gak.. tambahan skrang setiap kali latihan palapes rangsum di potong. Go USM Navy
Yelaaaa...palapes diwajibkan untuk menyertai mn2 aktiviti untuk memenuhi matapelajaran dalam pengajian.hati x suka sape yg tahuuu...jadi terpaksa leee...lakukannya
setakat sumbangan untuk hadirkan diri perbarisan apala sangat.bila kna jadi pred commander????muka lain x yang itu jugak
tapi komen sebenar dari palapes sendiri memang berlainan dari apa yg dikatakan oleh USMNAVY. takkanlah sanggup meneguk air yg keroh kot
memang dah keroh dahhhh...orang yg byak mengunakan akal kurang bercakap,sebaliknya orang byak bercakap kurang mengunakan akal.lu fikir laaa...sendiri
biasala, kalau org kacau dari tidur, siapa yg x marah..bak kata omputih" comfort Zone"....bila dok luar Comfort zone, depa bising...
x mau bising dok diam2 laaa.wat keja masing2 dok jadi ajen sape suruh
salam untuk semua peringkat anggota pss,sy berbangga kerana anda masih setia dgn pss, sy sentiasa mengikuti perkembangan anda dari jauh.
Post a Comment