LUMUT - Bekas pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera di sini Isnin ini berhubung kejadian kebakaran melibatkan kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 8 Oktober lalu.
KD Sri Inderapura yang musnah dalam kebakaran telah dilucutkan pertauliahan di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar kecil) berkata, pegawai tersebut akan menghadapi dua pertuduhan dan perlu bertanggungjawab terutama dalam menentukan aset hak milik negara selamat.
Ujarnya, TLDM boleh menerima hakikat kebakaran tersebut tetapi bukan 'kehilangan' kapal itu.
"Sebagai contoh, kemalangan jalan raya boleh berlaku tetapi kita tidak boleh terima apabila melibatkan kehilangan nyawa kerana ia menunjukkan banyak kelemahan.
"Begitu juga dengan kejadian ini kerana ia menunjukkan kurang latihan, sistem tidak beroperasi dengan baik atau anggota tidak menunjukkan semangat yang tinggi," katanya.
SUMBER: Kosmo! Online
CyberCoxswain: Perkara yang ditunggu-tunggu dah tiba... jawab jangan tak jawab... banyak benda kena jelaskan. Problem is masalah.

3 comments:
kesian kt CO baru naik kapal dah kena mengadap.harapan agar Mahkamah Tentera buat penghakiman seadil-adilnya.tegak keadilan hapus kezaliman..
mungkin ada hikmahNya di sebalik sesuatu kejadian... ambil sebagai pengajaran dan iktibar
Salam ziarah . Pegawai TUDM tak pula ke mengadap Mahkamah tentera kes enjin jet hilang.
Post a Comment