Saturday, January 30, 2010

Perbarisan Pegawai Memerintah

Perbarisan Pegawai Memerintah atau lebih dikenali dengan CO Division atau singkatan CO Div memang perkara lumrah dilakukan oleh setiap unit dalam TLDM mahupun PSSTLDM.

Pegawai Perbarisan Lt Kdr Jee Jeet Yuan sedang melapor.

Pada 23hb Januari 2010, Sabtu jam 0700H telah dengan jayanya semua anggota KD Sri Pinang melakukan perbarisan ini di Padang Kawad (sementara) KDSP.

Tahun ini ramailah pulak anggota yang hadir (memang sepatutnya begini pun) hingga penuh padang kawad yang kecil molek tu dan terpaksa dilakukan secara 'statik' sahaja yang mana anggotanya terdiri daripada staf tetap, anggota PSS dan Palapes. Mungkin tengah excited sebab tahun baru.

Tengok, ramai tak?... semangat tengah berkobar-kobar ni... (tapi sebelum mendengar khabar yang 'potong, potong dan potong' tu lah)

Dan tidak seperti selalunya, tahun ini Dato' CO berucap panjang mengenai "setiakawan dalam pasukan" dan kelebihan KDSP dengan projek pembangunan infrastruktur baru yang telah diluluskan sebelum keadaan 'potong, potong dan potong' yang melanda sekarang - budget tak ade beb!... makan tak suply dan sampai nak kena sewa dan bayar sendiri duit dobi... ish ish ish...

Apa pun... PERBARISAN SELESAI, KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS DATO'

Pakaian No. 1 bagi anggota LLP dari Laskar Kanan ke bawah. Menarik!

Antara orang kuat perbarisan hari tersebut, PW1 PPP (GI) Rahim.
Juga dengan pakaian No. 1 bagi Bintara Muda ke atas (kira senior rate lah tu)

2 comments:

Cyber Coxswain said...

tak dinafikan...
bukan mencari alasan atau perbandingan tapi satu pemuafakatan dengan kekuatan yg ada bila dikatakan satu pasukan.

amizan bin ariffin said...

salam untuk semua peringkat anggota pss,sy berbangga kerana anda masih setia dgn pss, sy sentiasa mengikuti perkembangan anda dari jauh.