Tuesday, March 17, 2009

SYARAT KEANGGOTAAN PSSTLDM

Ramai masih dok tertanya-tanya syarat-syarat kelayakan untuk menyertai PSSTLDM. Ha, di sini tertulis apa yang menjadi persoalan anda supaya semua beroleh manfaat.

KEANGGOTAAN

PSSTLDM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan/unit yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.


KELAYAKAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

Dapatkan borang pendaftaran tersebut dengan menghubungi unit-unit PSSTLDM terdekat/berhampiran anda seperti unit KD Sri Pinang di talian 04-6583012 (pengambilan baru sedang dilakukan sekarang sehingga 28hb March ini) atau email saya di cybercoxswain@yahoo.com dengan menyatakan butir-butir diri seperti nama, alamat, tarikh lahir, no telefon, kelulusan tertinggi dan pekerjaan sekarang dan lain-lain sebelum borang tersebut dihantar terus ke email anda. Bertindak cepat, kerana 28hb ini adalah tarikh untuk pemilihan dilakukan.

3 comments:

Cyber Coxswain said...

Palapes adalah Palapes tak sama macam pure PSSTLDM tapi mereka ini akan menjadi anggota PSSTLDM apabila tamat pengajian di IPT dan melapor ke unit PSSTLDM yg berhampiran.

Untuk Pengambilan Pegawai PSSTLDM pula merupakan pengambilan kadet baru untuk unit-unit PSSTLDM dan tak ada kena mengena dengan Palapes. Sila hubungi unit-unit PSSTLDM yang berhampiran untuk lebih maklum. TK.

azrul norazam said...

ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN?
Sila hubungi unit PSSTLDM yang terdekat berikut;

Kawasan Lembah Kelang
Markas Tentera Laut
Cawangan Simpanan
Kementerian Pertahanan
50634 KUALA LUMPUR
Tel:03-20714799

KD SRI KLANG
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Klang
Selangor
Tel:03-31694525

Kawasan Selatan Semenanjung
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau
80990 JOHOR BAHRU
Tel:07-3541366

Kawasan Utara Semenanjung
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel:04-6583021/RNO: 04-2622308

KS SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM
32100 Lumut
Perak
Tel:05-6802117 / 05-6802656

Kawasan Timur Semenanjung
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak
21080 Chendering
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel:09-6175380

PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM
Tanjung Gelang
25990 Kuantan
Pahang
Tel:09-5833601 samb 2194/2288

Sabah
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 JalanPutra
90000 Sandakan
Sabah
Tel:089-772857

PSTL TAWAU
KD SRI TAWAU, Jalan Tanjung Batu
91000 Tawau
Sabah
Tel:089-772857

Sarawak
PSTL KUCHING
Lot 322, Seksyen 64 KTLD
Jalan Datuk Abang Abd. Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Tel:082-370469

Faeez Izdihar said...

panslsalam. saya seorg student ipta d kwsn kch. kalau nk masok psstldm ni utk seorg student boleh ke? and mcmne nk mdftr?