Thursday, October 8, 2009

Kapal KD Inderapura terbakar

IPOH 8 Okt. - KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.

- BERNAMA

CyberCoxswain: Kejadian sebegini biasa berlaku kepada mana-mana kapal di laut mahupun di pangkalan. Disebabkan siasatan masih dilakukan kita jangan buat spekulasi sendiri sebab versi kita akan terbit dalam macam-macam cerita... menghangatkan lagi benda yang dah sedia panas. Lagipun anggota TLDM kita dah di latih untuk mengatasi kejadian-kejadian sebegini (malah lebih hebat dari itu pun ada) sebab itu kita tidak pernah dengar kapal kita terbakar sampai hangus... dan yang pasti ini bukan kerja geng "buluh runcing".

p/s: pernah sesat masa mula-mula naik kapal ni dulu-dulu...

2 comments:

eddie dewanaga said...

dengar cerita ianya terus tak boleh digunakan lagi, betul ke?

kita perlu 2-3 biji lagi Landing ship ni untuk memperlengkap armada TLDM.

Cyber Coxswain said...

ada laporan di media semalam mengatakan sedemikian tapi tak tentu jugak benda ini selagi boleh dibaiki dan praktikal apa salahnya kita gunakan lagi kapal ini... untuk latihan dsb.

tulah pasal - national budget dah dekat ini apa kata masukkan sebuah dua kapal navy skali mesti gempak ni