Friday, July 17, 2009

KENDURI KENAIKAN PANGKAT - TAHNIAH

15hb Julai 2009, KD Sri Pinang - Kenduri sempena kenaikan pangkat pegawai-pegawai, pegawai waren dan pemangku bintara muda diadakan di dewan senaman. Tahniah dan syabas di atas kenaikan pangkat tersebut.

Antara pegawai yang dinaikan pangkat ke Leftenan Komander ialah Lt. Kdr. Lui, Lt. Kdr. Zulkifli dan Lt. Kdr. Jee Jeet Yuan. Manakala kenaikan pangkat ke Leftenan pula ialah Lt. Tang, Lt. So dan sorang lagi... (maaf puan tak ingat sorang lagi ni... sapa dia? malam tu dia tak ada).


Untuk Pegawai Waren 1 pula ialah PW1 PPP (GI) Abd. Rahim dan P/BM KNA Majmin Zainudin. Tapi kalau tak salah saya kuasa kenaikan pangkat mereka ni berkuatkuasa pada Ogos nanti (tolong betulkan kalau salah).

CO sempat berucap malam tu dengan ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat kenaikan pangkat dan juga berkenaan dengan perpindahan ke bangunan sementara disebabkan pangkalan ini yang bakal dirobohkan tak lama lagi. Sebelum tu PA sistem ada masalah pulak... hai nasib baik ada PKK Aishah dan PO Rosham kalau tidak tak dengarlah suara CO malam tu.


Malam tu makan nasi tomato, ayam masak merah, daging kurma, dalca, acar timun nenas, buah tembikai merah, kuih seri muka bakar dan air sirap dengan kopi panas.... fuh sempoi habis! Ramai yang hadir demi meraikan kawan-kawan naik pangkat... bukan senang!

Itulah untungnya kalau ada ramai kawan-kawan kita naik pangkat... boleh tumpang makan sekali pun jadiklah! Apa-apa pun terima kasih banyak Tuan, Puan, Encik dan PO atas kenduri yang memang best! Terima kasih daun keladi...

1 comment:

wifemdnavy said...

Salam, terbaca entree ni dan terjumpa satu nama, Lt Kdr Lui.. Adakah dia x-palapes USM intake 7.. kalau betul, dia adalah salah seorang senior saya la tu, saya intake 8.. just send my warmest regard to him..