Tuesday, May 11, 2010

Perkhidmatan Pegawai Memerintah KD Sri Inderapura ditamatkan

LUMUT: Pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura yang terbakar pada Oktober 2008 sudah ditamatkan perkhidmatan pada 27 Januari lalu selepas dua hari dihadapkan ke Mahkamah Tentera, kata Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar hari ini.

Beliau berkata Mahkamah Tentera mendapati pegawai memerintah itu bersalah terhadap pertuduhan bertanggungjawab terhadap kehilangan kapal logistik terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akibat kebakaran dan hukuman tamat perkhidmatan itu sudah disahkan pada bulan lalu.

"Kita boleh mengalami kebakaran di atas kapal tetapi kita tidak boleh kehilangan kapal akibat kebakaran. Ini adalah kes pertama yang menyebabkan kehilangan aset TLDM akibat kebakaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Beret Kehormat Pasukan Khas Laut (Paskal) Sayap Penerbangan Kehormat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini.

Abdul Aziz berkata walaupun pegawai berkenaan sudah menyumbangkan perkhidmatan cemerlang dalam TLDM namun setiap perkara yang berlaku pada sebuah kapal adalah di bawah tanggungjawab pegawai memerintahnya. - Bernama

Sumber: Harian Metro Online

CyberCoxswain: Anggota-anggota PSSTLDM pun "aset" TLDM juga tapi dalam konteks yang berbeza...
"...kita boleh membuat rombakan tapi kita tidak boleh kehilangan mereka..."

1 comment:

1know said...

Apa tindakan atau hukuman terhadap anggota dan juga pegawai, yang telah melakukan perbuatan yang sah memalukan perkhidmatan, diri sendiri, keluarga dan juga agama? Dalam Akta 1972 seksyen tertentu pasti ada menyebut.