Bulan ini adalah bulan yang patut disambut oleh semua warganegara Malaysia dengan meriah. Iaitu sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 tahun. Marilah kita beramai-ramai menaikkan dan mengibarkan Jalur Gemilang untuk menaikkan semangat cintakan negara. Tuesday, August 12, 2008
OGOS, BULAN KEMERDEKAAN
MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!
Bulan ini adalah bulan yang patut disambut oleh semua warganegara Malaysia dengan meriah. Iaitu sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 tahun. Marilah kita beramai-ramai menaikkan dan mengibarkan Jalur Gemilang untuk menaikkan semangat cintakan negara. Gantikan bendera-bendera yang lusuh dengan yang baru... tak mahal pun, semangat yang membara lebih mahal dari sehelai bendera yang menyatukan kita semua.
Tahun ini sambutan peringkat kebangsaan bakal dilakukan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dan untuk negeri-negeri pula seperti biasa; di ibu negeri masing-masing. Bagi Negeri Pulau Pinang tahun ini dengar-dengar khabar bakal merayakannya di Queensbay. Satu tempat baru yang cantik di tepi laut bersebelahan dengan Jambatan Pulau Pinang. Dekat dengan Queensbay Mall / Jusco. Untuk kepastian tunggu hari sebenar nanti 31 Ogos barulah tahu dimana yang sebetulnya dan semestinya saya akan melaporkan untuk anda.... tungguuu...
Walaubagaimana pun satu kepastian adalah perbarisan untuk hari tu mestilah melibatkan anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan juga semestinya anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) akan dipanggil / dikerah untuk menjayakannya seperti setiap tahun tanpa gagal. Walaupun kerajaan negeri bertukar tangan tetapi khidmat untuk mempertahankan negara dan negeri tiada kompromi. "Sedia Berkorban".
MERDEKA!
Friday, August 8, 2008
SEAEX THAMAL - tingkatkan kawalan perairan sempadan
KUANTAN 1 Ogos - Latihan bersama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin Malaysia dengan Thailand (Seaex Thamal) berjaya mencapai matlamat dalam meningkatkan kecekapan dan keupayaan pengawalan perairan di sempadan kedua-dua negara.
Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Pertama Abdul Aziz Mohd. Dom berkata, antara aspek penting yang diberi penekanan dalam latihan bersama kali ini ialah komunikasi antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, latihan selama tiga hari yang bermula Selasa lalu itu juga bertujuan melahirkan persefahaman bersama terutama dalam bidang perhubungan ketenteraan (komunikasi), persenjataan, masalah pendatang tanpa izin, penyeludupan dan kes-kes berkaitan dadah. ''Latihan ini penting untuk kedua-dua pihak kerana ia membantu meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam menangani pelbagai masalah melibatkan sempadan perairan negara masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Seaex Thamal 46/2008 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dekat sini hari ini. Hadir sama, Panglima Wilayah Laut 2 Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Madya Kumpanaat Poochareonyos dan Komander Polis Marin Malaysia, Senior Komisioner II, Isa Munir.
Seramai 215 pegawai dan anggota menyertai latihan kali ini dengan melibatkan tujuh buah kapal dari TLDM, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Thailand. Latihan bersama itu bermula dari Songkhla, Thailand dan berakhir di Kuantan sejauh 350 batu nautika.
Abdul Aziz berkata, latihan bersama yang diadakan sejak 1970-an itu adalah penting memandangkan kedua-dua negara sedang berhadapan dengan masalah global terutama isu-isu keganasan. ''Kita tidak dapat menolak kemungkinan berlaku ancaman keganasan yang datang dari perairan kedua-dua negara pada masa akan datang. ''Kita berharap melalui siri latihan yang diadakan dua kali setahun ini dapat meningkatkan kerjasama bagi membantu negara masing-masing menangani masalah di sempadan," katanya.
Beliau menambah, kedua-dua negara memperoleh pelbagai manfaat menerusi latihan bersama itu kerana ia membolehkan anggota yang mengambil bahagian saling mempelajari kaedah baru dan bertukar-tukar maklumat.
SUMBER: Utusan Online
Wednesday, August 6, 2008
ELAUN NAVY MASUK
25hb Julai, Anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) di KD Sri Pinang telah dibayar elaun latihan mingguan untuk bulan Jun lepas dan elaun ACT iaitu latihan lanjutan dikira seperti gaji harian berdasarkan gaji permulaan anggota TLDM tetap mengikut pangkat masing-masing. ACT tersebut adalah aktiviti Jalan Lasak di Trong, Perak pada bulan March lepas (lama tu baru dibayar yang aktiviti kat Pantai Merdeka pulak tak tau bila nak dapat…) Tapi kalau boleh dapat awal mesti best-kan macam dulu-dulu paling lewat 18hb dah boleh enjoy...
Elaun dibayar melalui bank askar istilah ini selalu digunapakai untuk Affin Bank. Cuma pi jolok kad keluar duit, tak macam dulu-dulu. Nak ambil elaun kena kawad dulu. Kawad Selaku Terima Gaji. Silap kawad tak dapat gaji... kesian kan? Semua dapat cash-lah waktu tu tapi sekarang dah pakai direct bank in. Kenangan kawad tu pun dah jadi sejarah.
Elaun dibayar melalui bank askar istilah ini selalu digunapakai untuk Affin Bank. Cuma pi jolok kad keluar duit, tak macam dulu-dulu. Nak ambil elaun kena kawad dulu. Kawad Selaku Terima Gaji. Silap kawad tak dapat gaji... kesian kan? Semua dapat cash-lah waktu tu tapi sekarang dah pakai direct bank in. Kenangan kawad tu pun dah jadi sejarah.Tapi, itulah… apalah yang diharapkan sangat dengan elaun. Semua tu ibarat satu pemberian yang diterima oleh anggota untuk membantu meringankan beban kewangan anggota yang menghadirkan diri untuk mengikuti latihan.
Berapa? Taklah banyak mana pun. Untuk pengetahuan semua, elaun latihan mingguan adalah dikira berdasarkan jam kehadiran (normally 4 jam). Setiap jam diperuntukkan oleh kerajaan untuk dibayar sebanyak RM5.80 untuk Pegawai dan RM4.00 untuk anggota Lain-lain Pangkat (LLP), Kadet dan Bakal Pegawai. Elaun yg diberi adalah sama untuk semua 3 perkhidmatan dalan Angkatan Tentera Malaysia, seperti Pasukan Simpana Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia (PSSTUDM), Anggota Wataniah (Tentera Darat) dan termasuk JPA3 (RELA tak tau lah pulak berapa).
Berapa? Taklah banyak mana pun. Untuk pengetahuan semua, elaun latihan mingguan adalah dikira berdasarkan jam kehadiran (normally 4 jam). Setiap jam diperuntukkan oleh kerajaan untuk dibayar sebanyak RM5.80 untuk Pegawai dan RM4.00 untuk anggota Lain-lain Pangkat (LLP), Kadet dan Bakal Pegawai. Elaun yg diberi adalah sama untuk semua 3 perkhidmatan dalan Angkatan Tentera Malaysia, seperti Pasukan Simpana Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia (PSSTUDM), Anggota Wataniah (Tentera Darat) dan termasuk JPA3 (RELA tak tau lah pulak berapa). Jadi jika dikira seminggu ada 2 kali latihan mingguan iaitu hari Isnin dan Rabu, 8 kali sebulan dan setiap kehadiran adalah 4 jam ini bermakna 4 X 8 X 4 = RM128.00 sahaja. Walau bagaimanapun semua itu adalah berdasarkan kepada keaktifan anggota masing-masing. Yelah kan anggota sukarela… bila free barulah boleh join latihan.
POP - PERAJURIT MUDA
POP atau Passing Out Parade atau juga Perbarisan Tamat Latihan untuk Perajurit Muda (dulu dipanggil rekrut) PSSTLDM di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan pada 16hb Ogos 2008. Sekarang mereka sedang menjalani latihan kawad dan ujian-ujian untuk melayakkan mereka bergelar Laskar Muda selepas ini.
Semua Perajurit Muda PSSTLDM di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dikehendaki melapor diri di sana pada Sabtu, 2hb lepas untuk POP ini. Latihan bermula pada 4hb hingga 15hb dan hari sebenar untuk perbarisan pada 16hb ini.
Dengar kata dari sumber2 yg boleh dipercayai, kali ini POP tak berapa ramai berbanding dengan pengambilan / intake yang lepas-lepas. Dalam seratus dua anggota sahaja....
Tapi tak apa saya mungkin akan kesana pada 16hb nanti untuk melaporkan kepada anda situasi dan keadaan sebenar POP tu nanti. Untuk ibu bapa anggota yang akan tamat latihan, datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada anak anda yg "Sedia Berkorban" demi negara tercinta dalam memberi sumbangan bakti melalui Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia / PSSTLDM ini.
Monday, July 28, 2008
PELAYARAN MV MAHSURI - BATAL
PENGUMUMAN
Kepada semua anggota PSSTLDM di KD Sri Pinang.
Pelayaran MV Mahsuri pada 28 -31 Julai 2008 adalah dibatalkan.
Di atas sebab-sebab yang "Tak Pasti"
Sekian harap maklum.
p/s: mungkin ada berita baik untuk KDSP kot
Kepada semua anggota PSSTLDM di KD Sri Pinang.
Pelayaran MV Mahsuri pada 28 -31 Julai 2008 adalah dibatalkan.
Di atas sebab-sebab yang "Tak Pasti"
Sekian harap maklum.
p/s: mungkin ada berita baik untuk KDSP kot
Tuesday, July 22, 2008
2 NGPV SIAP AKHIR TAHUN 2008
LUMUT 21 Julai - Dua buah lagi Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan siap sebelum akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.(rujuk gambar: NAJIB Tun Razak diiringi Panglima Angkatan Tentera Jeneral Aziz Zainal (kanan) dan Ahmad Ramli Mohd Nor (tengah) di Boustead Naval Dockyard, Lumut, Perak, semalam.)
Beliau memberitahu, Kapal Diraja (KD) Kelantan akan siap Oktober ini dan KD Selangor akan siap sebelum akhir tahun. Katanya, pada masa kini sebanyak empat kapal peronda (PV) yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard telah siap dan diserah kepada TLDM. ''Program pembinaan PV sedang berjalan lancar dan kita pastikan program ini disiapkan kerana ia adalah satu program nasional," katanya.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini hari ini. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Projek pembinaan NGPV perlu disiapkan selewat-lewatnya penghujung tahun lalu dengan sasaran penghantaran kapal pertama pada September 2004.
Kerajaan kemudian mengambil alih pembinaan enam buah kapal peronda itu melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan ia dikendalikan oleh anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Bhd. (Boustead). NGPV sepanjang 91 meter yang dibina menggunakan konsep modular itu boleh ditukar peranan daripada kapal ronda kepada kapal tempur yang dilengkapi sistem persenjataan terkini termasuk peluru berpandu. Najib berkata, di bawah program pembinaan kapal PV ia telah mewujudkan sebanyak 969 syarikat vendor dengan perniagaan bernilai hampir RM1 bilion.
SUMBER : Utusan Malaysia Online
Selamat datang kepada bakal ahli keluarga baru dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia hujung tahun ini.
Monday, July 21, 2008
JOINT NAVY TO SEE THE WORLD
1. Selepas melunsuri laman web tak rasmi TLDM .
2. Menyertai kelab Tentera Laut DiRaja Malaysia di yahoo groups dan
3. Membaca blog Navy / TLDM / PSSTLDM
terasa minat pulak nak join Navy / TLDM / PSSTLDM nih tapi.... macam mana yek?
Markas Tentera Laut
Kementerian Pertahanan, KUALA LUMPUR.
Tel : 03-2071 4799 Faks : 03-2692 7767
Pusat Latihan PSSTLDM
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium, PULAU PINANG
Tel : 04-6583 012
KD SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM, Lumut, PERAK
Tel : 05-6802 117
KD SRI KLANG
Pulau Indah, Pelabuhan Klang, SELANGOR
Tel : 03-3169 4525
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau, JOHOR
Tel : 07-3541 366
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak, Kuala Terengganu, KUALA TERENGGANU
Tel : 09-6175380
PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM, Tg Gelang, Kuantan, PAHANG
Tel : 09-5833601 samb 2194
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 Jalan Putra, Sandakan, SABAH
Tel : 089-247579
PSTL TAWAU
Jalan Tanjung Batu, Tawau, SABAH
Tel : 089-772857
PSTL KUCHING
Seksyen 64 KTLD, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-370469 Faks: 082-370476
PSTL LABUAN
Pangkalan TLDM Labuan, Jalan Tg Purun, WP LABUAN.
Tel : 087-590842
2. Menyertai kelab Tentera Laut DiRaja Malaysia di yahoo groups dan
3. Membaca blog Navy / TLDM / PSSTLDM
terasa minat pulak nak join Navy / TLDM / PSSTLDM nih tapi.... macam mana yek?
Ha! untuk soalan itu... jawapannya mudah jer, sila hubungi nombor telefon yg diberikan di bawah untuk maklumat lanjut. Pilihlah lokasi yang terdekat dengan anda untuk berurusan. Untuk maklumat lanjut akan diterbitkan di laman ini kelak.
Markas Tentera Laut
Kementerian Pertahanan, KUALA LUMPUR.
Tel : 03-2071 4799 Faks : 03-2692 7767
Pusat Latihan PSSTLDM
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium, PULAU PINANG
Tel : 04-6583 012
KD SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM, Lumut, PERAK
Tel : 05-6802 117
KD SRI KLANG
Pulau Indah, Pelabuhan Klang, SELANGOR
Tel : 03-3169 4525
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau, JOHOR
Tel : 07-3541 366
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak, Kuala Terengganu, KUALA TERENGGANU
Tel : 09-6175380
PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM, Tg Gelang, Kuantan, PAHANG
Tel : 09-5833601 samb 2194
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 Jalan Putra, Sandakan, SABAH
Tel : 089-247579
PSTL TAWAU
Jalan Tanjung Batu, Tawau, SABAH
Tel : 089-772857
PSTL KUCHING
Seksyen 64 KTLD, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-370469 Faks: 082-370476
PSTL LABUAN
Pangkalan TLDM Labuan, Jalan Tg Purun, WP LABUAN.
Tel : 087-590842
COXSWAIN
COXSWAIN? Apa itu coxswain (sebutan: kox-sen) atau dalam Bahasa Melayu di panggil Juragan. Sebab dah ramai orang dok tanya… kerana melalui poll yang dibuat, pelawat di weblog ini ramai terdiri dari orang awam yang belum biasa dengan naval term, petikan di bawah menjelaskan maksudnya.
“Coxswain - A coxswain or cockswain was at first the swain (boy servant) in charge of the small cock or cockboat that was kept aboard for the ship's captain and which was used to row him to and from the ship. The term has been in use in England dating back to at least 1463. With the passing of time the coxswain became the helmsman of any boat, regardless of size.”
Ada masalah ke dengan petikan di atas? Perlu translate ke…. Tak payah coz semua navy adalah mahir dalam Bahasa Inggeris betol tak? Kalau tak pun maksudnya jelas.
So menjawab pertanyaan; Cyber Coxswain is Coxswain di alam Cyber atau juga Juragan Siber. Setiap Juragan lebih biasa dipanggil Coxswain (Coxn) dalam rutin seharian anggota navy (tentera laut) di kapal mahupun di pangkalan (base) dan mereka ini juga adalah orang yang penting dalam perjalanan seharian / aktiviti yang direncanakan kerana apa-apa hal coxn adalah orang pertama yang dicari.
Kebiasaannya Coxn bertindak sebagai orang tengah / perantara di antara Pegawai Memerintah (CO), Pegawai Bahagian / Divisional Officer (DO), Pegawai Staf dengan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Coxn juga menjadi tempat rujuk anak-anak kapal dalam segala hal. Dan dari itu semua Coxn adalah tempat untuk merujuk undang-undang dan akta (Akta Angkatan Tentera 1972) dalam menjatuhkan hukuman kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan… macam lawyer-lah jugak lebih kurang tapi dalam perkhidmatan sajalah.
Setiap Coxn dilantik menerajui tugasnya oleh CO sesuatu unit / kapal. Dalam kes KD Sri Pinang terdapat 2 orang Coxn di situ. Seorang dari anggota regular TLDM iaitu BM JGN Azmi (rujuk gambar) dan seorang lagi dari anggota PSSTLDM iaitu PWI PPP (GI) Shaharim (err.. sorry GI gambar takdak lah pulak). Setiap Coxn ini menjaga hal ehwal, kebajikan, permohonan anggota masing-masing.
Walau bagaimanapun, ini semua tidak melibatkan Cyber Coxswain yang admind blog ini di mana nick name / nama pena ini digunapakai untuk menunjukkan ianya adalah incharge blog ini sahaja dan tidak kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.
“Coxswain - A coxswain or cockswain was at first the swain (boy servant) in charge of the small cock or cockboat that was kept aboard for the ship's captain and which was used to row him to and from the ship. The term has been in use in England dating back to at least 1463. With the passing of time the coxswain became the helmsman of any boat, regardless of size.”
Ada masalah ke dengan petikan di atas? Perlu translate ke…. Tak payah coz semua navy adalah mahir dalam Bahasa Inggeris betol tak? Kalau tak pun maksudnya jelas.
So menjawab pertanyaan; Cyber Coxswain is Coxswain di alam Cyber atau juga Juragan Siber. Setiap Juragan lebih biasa dipanggil Coxswain (Coxn) dalam rutin seharian anggota navy (tentera laut) di kapal mahupun di pangkalan (base) dan mereka ini juga adalah orang yang penting dalam perjalanan seharian / aktiviti yang direncanakan kerana apa-apa hal coxn adalah orang pertama yang dicari.
Kebiasaannya Coxn bertindak sebagai orang tengah / perantara di antara Pegawai Memerintah (CO), Pegawai Bahagian / Divisional Officer (DO), Pegawai Staf dengan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Coxn juga menjadi tempat rujuk anak-anak kapal dalam segala hal. Dan dari itu semua Coxn adalah tempat untuk merujuk undang-undang dan akta (Akta Angkatan Tentera 1972) dalam menjatuhkan hukuman kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan… macam lawyer-lah jugak lebih kurang tapi dalam perkhidmatan sajalah.
Setiap Coxn dilantik menerajui tugasnya oleh CO sesuatu unit / kapal. Dalam kes KD Sri Pinang terdapat 2 orang Coxn di situ. Seorang dari anggota regular TLDM iaitu BM JGN Azmi (rujuk gambar) dan seorang lagi dari anggota PSSTLDM iaitu PWI PPP (GI) Shaharim (err.. sorry GI gambar takdak lah pulak). Setiap Coxn ini menjaga hal ehwal, kebajikan, permohonan anggota masing-masing.Walau bagaimanapun, ini semua tidak melibatkan Cyber Coxswain yang admind blog ini di mana nick name / nama pena ini digunapakai untuk menunjukkan ianya adalah incharge blog ini sahaja dan tidak kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.
Wednesday, July 16, 2008
KEPTEN DATO' DR MOHD RAZHA ABDUL RASHID PSSTLDM
TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!!
16hb Julai 2008 bersempena dengan Perayaan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan perkenan untuk mengurniakan Darjah serta Bintang Kebesaran kepada Pegawai Memerintah (CO) KD Sri Pinang (KDSP) dengan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' (sebutan: Datuk ) kepada Kepten Dr Mohd Razha Abdul Rashid PSSTLDM .
Beserta dengan 29 orang lain, pingat tersebut dianugerahkan adalah kerana jasa yg dicurahkan beliau kepada negeri dan negara. Untuk pengetahuan semua beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan berjawatan Profesor Madya di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dalam bidang Anthropology/Sociology.
Disamping kesibukan mengajar dan penyelidikan di USM beliau juga berkhidmat kepada negara melalui Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) dan merupakan Pegawai Memerintah unit KD Sri Pinang yang juga merupakan Pusat Latihan PSSTLDM dalam negara. Bukan senang nak kerja di dua tempat yang berbeza dengan jawatan yang penting sebegitu. Cayalah...
Kami anak2 kapal di KDSP anggota regular TLDM, PSSTLDM, kakitangan awam mahupun PALAPES sangat2 berbangga dengan penganugerahan ini kepada CO kami. Tahniah sekali lagi dari kami semua.
Murah sungguh rezeki CO kami, baru je lepas dapat kenaikan pangkat kepada Kepten kini dapat anugerah Datuk pula... Alhamdulillah.
Lepas ni kenduri pulak kat base (sudah semestinya-lah... betul tak Dato'? jangan lupa no... )
Tuesday, July 15, 2008
KOMEN: NAVY TERLAMPAU
"Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga" itulah pepatah yang boleh saya muatkan di sini berkenaan dengan satu laman blog yang mendedahkan hubungan cinta sejenis mereka ( dah tutup pun laman blog tu lepas heboh / kecoh satu malaya ) .
Kesilapan 'besar' mereka adalah kerana terdapat gambar2 dalam keadaan memakai pakaian seragam Navy /TLDM lengkap dengan pangkat masing2. Dan mereka ini pula kalau ditunjukkan di seluruh pangkalan di Malaysia ni semua orang kenal.
Memanglah itu semua adalah masalah peribadi tetapi apabila melibatkan perkara2 sedemikian ia akan mengaitkan semua pihak dalam TLDM dan PSSTLDM keseluruhannya. Adakah semua Navy macam tu?...
Ramai yang meminta komen dari saya dengan menghantar email dan sgbnya tapi apa yang boleh saya komen adalah "yang baik kita teruskan, yang tak baik kita tinggalkan" semua dah besar panjang bukan budak2 lagi.
Thursday, July 10, 2008
KENDURI KEPTEN KD SRI PINANG
Semalam 9 Julai 2008 pada jam 2000 semua anak-anak kapal meraikan kenaikan pangkat Kepten DR Mohd Razha Abd Rashid, Pegawai Memerintah ( Comanding Officer / CO ) KD Sri Pinang ( KDSP ) dari Komander kepada Kepten. Menurut CO kenaikan pangkat tersebut telah berkuatkuasa pada April 2008 lagi. TAHNIAH! kepada CO di atas kenaikan pangkat tersebut. Empat Balak tu....Satu sejarah bagi perkhidmatan PSSTLDM ( dan TLDM juga ) untuk mengurniakan pangkat Kepten kerana belum ada lagi selama ini anggota PSSTLDM yang memegang pangkat setinggi itu dan pelantikan beliau bersama-sama CO KD Sri Medini adalah satu lagi sejarah baru yang patut diraikan bersama. Barulah TLDM dan PSSTLDM "setara" seperti mana yang dimahukan oleh Panglima TLDM sebelum ini.
Bukan senang nak dapat pangkat Kepten, lebih-lebih lagi bagi PSSTLDM. Dan malam tu CO buat kenduri Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Kuih dan Buah Tembikai..... mmm yummie, sedappp! Acara berlangsung di Dewan Senaman KDSP. Semua anak-anak kapal, anggota PSSTLDM, PALAPES, staf dan anak-anak buah CO menghadirkan diri untuk meraikannya. Sampaikan jemputan diluar jangka hinggakan CO terpaksa mengeluarkan cash money untuk tetamu-tetamu yang tak sempat nak makan kerana lauk habis untuk makan nasi kandar kat luar.
TAHNIAH! sekali lagi dan Terima Kasih ( daun keladi.... bila nak naik pangkat lagi )
Tuesday, July 1, 2008
SUKARELAWAN PSSTLDM MENULIS BLOG
Sudah lebih 2 bulan dalam menulis blog ini, Alhamdulillah saya rasa target telah tercapai. Apa target yang telah tercapai tu... sebenarnya target / sasaran saya adalah sekurang-kurangnya dalam sebulan tertulislah 4 tajuk baru / posting tentang perkara2 baru untuk tatapan ramai supaya mendapat manfaat dan mewujudkan satu semangat kecintaan ke atas kerja kerja sukarela ini khususnya Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia ( PSSTLDM ) kerana pada mulanya saya terpikir apalah nak tulis dalam blog ni idea tak ada tapi rasa teringin nak menulis.
Jadi nak tak nak kenalah letak target supaya hala tuju kita jelas, senang sikit nak ikut. So kalau ada apa2 komen dan maklumat nak bagi - bagitaulah kat saya disini di alamat email cybercoxswain@yahoo.com , boleh kita berkongsi bersama. Walaupun sebelum ni ada jugak yang email saya.
Sebenarnya bukan ada masa pun nak menulis blog ni sebab sibuk ngan kerja, ye-lah kita ni kan PSSTLDM (sukarela-tak sapa suruh pun)kerja 2 dalam 1 kena pandai2 membahagi masa...
Tapi bila saya tengok poll yang saya buat "Adakah laman blog ini dapat memberi anda sedikit pengetahuan anda tetang Navy / TLDM / PSSTLDM?" ada jugak orang vote kat "Mengarutlah..." memang mengarutkah weblog ini? atau saya yang mengarut... apa yang saya nak buat ha... mmm boleh bagi idea skit
Tengok trafik pulak just nice dengan pelawat dalam 200 lebih sebagai permulaan tapi yang mengundi hanya 4 orang jer... susahkah nak ngundi atau sistem tak sampai ke semua pc yang access weblog ni, tertanya2 saya...
so kepada pembaca2 sekalian sudi-sudilah meninggalkan komen anda kepada saya sekadar idea baru atau apa2 yg patut supaya kita boleh meramaikan lagi aktiviti murni kesukarelawan ni untuk negara. Sedia Berkorban.
Jadi nak tak nak kenalah letak target supaya hala tuju kita jelas, senang sikit nak ikut. So kalau ada apa2 komen dan maklumat nak bagi - bagitaulah kat saya disini di alamat email cybercoxswain@yahoo.com , boleh kita berkongsi bersama. Walaupun sebelum ni ada jugak yang email saya.
Sebenarnya bukan ada masa pun nak menulis blog ni sebab sibuk ngan kerja, ye-lah kita ni kan PSSTLDM (sukarela-tak sapa suruh pun)kerja 2 dalam 1 kena pandai2 membahagi masa...
Tapi bila saya tengok poll yang saya buat "Adakah laman blog ini dapat memberi anda sedikit pengetahuan anda tetang Navy / TLDM / PSSTLDM?" ada jugak orang vote kat "Mengarutlah..." memang mengarutkah weblog ini? atau saya yang mengarut... apa yang saya nak buat ha... mmm boleh bagi idea skit
Tengok trafik pulak just nice dengan pelawat dalam 200 lebih sebagai permulaan tapi yang mengundi hanya 4 orang jer... susahkah nak ngundi atau sistem tak sampai ke semua pc yang access weblog ni, tertanya2 saya...
so kepada pembaca2 sekalian sudi-sudilah meninggalkan komen anda kepada saya sekadar idea baru atau apa2 yg patut supaya kita boleh meramaikan lagi aktiviti murni kesukarelawan ni untuk negara. Sedia Berkorban.
ACT BERKAYAK DI SG MERBOK - PANTAI MERDEKA, KEDAH
ACT adalah Latihan Berterusan, dimana kali ini ianya dijalankan pada 27-29hb Jun 2008 yang lalu. Aktiviti yang dibuat pada ACT kali ini adalah Perkhemahan dan Berkayak dari Pantai Merdeka melalui Sungai Merbok, Kedah ke Pengkalan Batu Lintang (makan tengahari disitu) dan mendayung keluar ke Tanjung Dawai dan seterusnya kembali ke Pantai Merdeka semula. Fuh! jauh tu... Lihatlah suasana ketika Sunset / Matahari Terbenam di Pantai Merdeka, cantikkan. Mungkin itulah yang memberi idea untuk lagu Cinta Di Pantai Merdeka yang famous tu...
Dengan perjalanan mendayung kayak menentang arus di mana pada waktu itu air surut dan kami terpaksa mudik kehulu merupakan satu pengalaman yang cukup-cukup mencabar. Jangan berhenti mendayung walaupun terlalu letih dan tangan berasa lenguh kalau tak nak kayak hanyut ke belakang. So terpaksalah mendayung jugak walau apa pun yang terjadi... adventure-lah katakan.
Kalau dah tak tahan sangat, kenalah cari tiang2 dalam Sungai Merbok (pot tempat memancing) untuk berpaut agar kayak tak hanyut. Ataupun berpaut pada akar bakau di kiri kanan sungai.Dalam pada itu ada jugak kayak yang bocor!... mana dengan nak mendayung lagi nak timba air dalam kayak lagi... ish ish ish kesiannn.
Dah tu dengan angin yang bertiup kencang ketika kayak hilir ke muara satu lagi cabaran yang terpaksa ditempuhi anggota yang terlibat dalam aktiviti ini. Nasib baiklah ada bot2 yang sedia membantu dari JPA3.
Untuk pengetahuan, kami mendapat kerjasama dari Jabatan Pertahanan Awam Sungai Petani dalam memberi rescue kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Baik sungguh jabatan ini, diorang sediakan 3 bot penyelamat untuk standby dalam aktiviti ini. Terima Kasih bebanyak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA3 ). Terima kasih daun keladi....
Akibat cuaca yang berangin kencang dan ombak yang kuat pada petang tu serta masa yang agak lewat dek kerana cabaran2 yang terpaksa ditempuhi tadi , apa yang dirancang terpaksa dirombak semula... kami tak jadi mendayung hingga ke Tanjong Dawai dan terpaksa berpusing ke Pantai Merdeka sahaja. Itu pun dah cukup2 mencabar kelelakian dan keperempuanan anggota yang mendayung. Bravo Zulu! untuk diorang.Semua anggota yang terlibat kembali ke Pantai Merdeka dan berkhemah untuk semalam lagi. Semua dah cukup letih malam tu tapi time barbeque boleh layan plak... siap ambik bahagian berkaraoke lagi sampai jam 2359... hebat! Walau pun begitu as a navy duty tetap ada... jangan lupa time bertugas dah ler.
Subscribe to:
Posts (Atom)