Thursday, July 10, 2008

KENDURI KEPTEN KD SRI PINANG

Semalam 9 Julai 2008 pada jam 2000 semua anak-anak kapal meraikan kenaikan pangkat Kepten DR Mohd Razha Abd Rashid, Pegawai Memerintah ( Comanding Officer / CO ) KD Sri Pinang ( KDSP ) dari Komander kepada Kepten. Menurut CO kenaikan pangkat tersebut telah berkuatkuasa pada April 2008 lagi. TAHNIAH! kepada CO di atas kenaikan pangkat tersebut. Empat Balak tu....

Satu sejarah bagi perkhidmatan PSSTLDM ( dan TLDM juga ) untuk mengurniakan pangkat Kepten kerana belum ada lagi selama ini anggota PSSTLDM yang memegang pangkat setinggi itu dan pelantikan beliau bersama-sama CO KD Sri Medini adalah satu lagi sejarah baru yang patut diraikan bersama. Barulah TLDM dan PSSTLDM "setara" seperti mana yang dimahukan oleh Panglima TLDM sebelum ini.

Bukan senang nak dapat pangkat Kepten, lebih-lebih lagi bagi PSSTLDM. Dan malam tu CO buat kenduri Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Kuih dan Buah Tembikai..... mmm yummie, sedappp! Acara berlangsung di Dewan Senaman KDSP. Semua anak-anak kapal, anggota PSSTLDM, PALAPES, staf dan anak-anak buah CO menghadirkan diri untuk meraikannya. Sampaikan jemputan diluar jangka hinggakan CO terpaksa mengeluarkan cash money untuk tetamu-tetamu yang tak sempat nak makan kerana lauk habis untuk makan nasi kandar kat luar.

TAHNIAH! sekali lagi dan Terima Kasih ( daun keladi.... bila nak naik pangkat lagi )

No comments: